Monday, October 31, 2016

KES 87 : PUAN ROS - SEWA SEHARI YANG BERBALOI-BALOI

Pada awalnya Puan Ros ada call dan bertanyakan tentang diskaun. Masa tu memang takde promotion atau apa-apa rate diskaun. Jadi harga yang diberitahu Puan Ros adalah harga rate biasa.

Puan Ros dan suami risau sangat sebab dah sign surat tanggung risiko untuk bertanggungjawab sekiranya apa-apa berlaku jika balik umah dan tak admit ni.

Oh, nanti kami tuliskan tentang SURAT TANGGUNG RISIKO jika ada kelapangan.

Alhamdulillah berbaloi, kes Puan Ros ni sangat straight forward. Hantar, pasang, dan ajar. Duduk bawah lampu semalaman. Sebenarnya tak semalaman pun. Sebab mula pasang jam 9 malam. Esoknya dalam jam 4 petang Puan Ros maklum result turun sebanyak 80 bacaan.

Dari 220 kepada 140!

Jadi, Puan Ros cuma perlu sewa sehari jer. Berbaloi! :)

Sebenarnya lampu yang kami gunakan memang pernah banyak kali dapat bantu turunkan reading Jaundice dengan banyak dalam tempoh kurang dari 24jam. Nanti ada masa kami lampirkan bukti berapa ramai dari hampir 100 bayi yang telah menggunakan servis Fototerapi Di Rumah dapat turun dengan banyak dalam masa tak sampai sehari.

Banyak tu bermakna turun sehingga 50-80 dalam sehari sewa. Jadi, sebenarnya walaupun harga sewa agak mahal. Tapi kalau sehari jer boleh turun banyak, rasanya boleh jimat banyak hari daripada kerap ulang alik ke klinik. Makin kerap ke Klinik Kesihatan, makin banyak kali baby kena amik darah kesian.

Jadi, 220 kepada 140. Dalam masa 19jam. Tolak selang 2jam waktu menyusu, kencing berak, rasanya sempat duduk bawah lampu dalam 8jam jer, masih boleh turun sebanyak 80 bacaan.

Rasa-rasa berbaloi tak? :)


KES 82 : ENCIK AMIR - TURUN BAWAH 100, TAK PERLU AMIK DARAH LAGI

Dari 181 ke 136 ke 86!
.
Beberapa hari yang lepas kami dapat bantu En Amir turunkan reading Jaundice baby beliau di bawah level 100.

Baby Encik Amir kalau ikutkan readingnya pernah sampai 300 lebih. Daripada 260 macam tu dalam masa beberapa jam naik kepada 300 lebih. Terus kena admit, double Phototherapy.

Kenaikan mendadak macam tu adalah disebabkan macam yang pernah kami kongsikan sebelum ni, iaitu darah mak adalah jenis O. Memang roller coaster dibuatnya.

Masa Encik Amir on dengan kami, reading dah pun 181. Untuk mengelakkan daripada kena admit lagi. Jadi, Encik Amir standby awal, katanya kalau boleh nak turun bawah 100 baru lega.

Alhamdulillah, daripada 181 reading tu, memang boleh turun bawah 100. Tak perlu double Phototherapy pun walaupun ibu berdarah O. Reading akhir baby Encik Amir adalah 86! Banyak turun tu.

Jadi, kalau ada sesiapa yang kenal sesiapa yang ada isu baby Jaundice macam Encik Amir, bolehlah maklumkan pada mereka tentang servis kami. Halo atau pm jer kami. Insyallah kami cuba bantu sebaik mungkin.

Semoga En Amir sekeluarga dalam keadaan sihat-sihat sentiasa.