Sunday, December 18, 2016

PUAN IZATI - TURUN 26 DAN DISCHARGE.

141-115. TURUN 26 DAN DISCHARGE.

Lega sangat dapat bantu Puan Izati. Doc@KK maklum reading TSB perlu 100 atau kebawah sebab baby dah day 14 untuk tak perlu datang check up dah.

If not, kena extend lagi 14 day monitoring dan ambil darah yang banyak sikit tu n kena buat further blood test.

Puan Izati dah dimaklumkan, apabila baby dah 14 day, Fototerapi akan jadi lebih challenging sebab baby dah besar sikit dan aktif. Maybe dia kuat meragam dan reject untuk dalam baby cot bawah lampu tu. Jadi penurunan mungkin sedikit sebab tak dapat exposure lama.

Memandangkan keesokannya baby akan day 15. Jadi Puan Izati cuba lah buat sehabis baik.

Alhamdulillah, Puan Izati maklum baby dah discharge from TSB daily check up. Lega dia. Kami pun tumpang happy.

Terima kasih pada kawan-kawan Puan Izati yang rekemen tu. Sampai dua orang kawan Puan Izati tolong carikan servis ni untuk dia. Sayang kawan-kawan dia pada Puan Izati.

Moga Puan Izati dapat terus berpantang dengan lebih selesa dan selamat di rumah.















PUAN RINA - TURUN 41 DALAM SEHARI.

198-157. 

Masa Puan Rina call mintak pasang. Lampu sebenarnya dah fully orang sewa. Cuma ada 1 lampu tu akan off sedikit lewat petang. 

Jadi lepas deal time yang sesuai. Puan Rina kata okey untuk datang sedikit lewat petang dan beliau boleh tunggu.

Straight forward aje. Buat macam biasa, kami hantar, pasang dan ajar seperti kebiasaannya.

Alhamdulillah, dapat jugak penurunan walaupun sedikit. Sekurang-kurangnya tidak lah exceed 200+ reading macam hari sebelum on Fototerapi dan KK mintak datang check up untuk selang dua hari berikutnya pulak instead of datang hari-hari.

Lega dapat bantu Puan Rina. Kami doakan baby Puan Rina cepat recover dan free from Jaundice sebelum day 14.





Monday, December 5, 2016

PUAN AIZILA - TURUN 141 DALAM SEHARI!!!



REKOD BARU!!!

307 - 166. TURUN 141 BACAAN DALAM SEHARI!

Biar betul ni! Rasanya ni lah penurunan paling banyak setakat ni bagi tahun 2016 ni. Belum pernah lagi dapat patient yang rekod bacaan penurunan sebanyak ini. Turun 141 bacaan dalam masa sehari!


Puan Aizila ada beritahu, 16 jam duduk bawah lampu. Memang jaga betul-betul. Yelah, baby pun reading tinggi, 300 tu! Itu yang Puan Aizila dan suami memang pastikan baby memang fully utilize lampu ni. Jadi, kalau Puan Aizila cakap 16 jam tu memang kami percaya lah.

Hasilnya 141 drop bacaan. Memang tak percaya. Klinik Kesihatan pun tak percaya. Tapi takpelah, sebab result pun dah turun, jadi tak perlu check up hari-hari dah. Oklah tu! Klinik memang akan follow process flow jer :)

Sewa sehari yang berbaloi. Puan Aizila dah ade pengalaman merawat baby Jaundis yang tinggi readingnya,tapi boleh drop dengan sangat banyak dalam sehari. Anda atau ada sesiapa yang anda kenal bagaimana?

Tak penat ke drop 10-15 bacaan sehari dan terpaksa berulang ke KK tak berhenti?

Baby Puan Aizila, drop 141 bacaan dalam masa tak sampai 24 jam. Wow! :D