Saturday, January 28, 2017

ENCIK AZIZ - DARI 225 KE 129. TURUN 96 DALAM MASA 2 HARI!



Dah sampai turn nak cerita pasal Encik Aziz. Excited nak start sebab Encik Aziz ni tinggal di Lepar. Kalau ikutkan memang kami tak cover sana sebab faktor jarak driving yang melebihi 1 jam. Biasanya kalau lebih dari 1 jam, memang kami akan minta datang collect sendiri di Gambang. Kalau customer tinggal di arah-arah sana. Itu jarak yang paling jauh kami boleh deliver. 

Kalau lepas pada Gambang biasanya ade extra transportation charges. Takut kata mahal pulak nanti. Tapi Encik Aziz memang self pick up punya customer, jadi takde masalah lah. Cuma masa collection jer kami pegi ambil sebab atas urusan Encik Aziz yang tak dapat dielakkan.

Encik Aziz ni kami guide melalui phone jer. Camne cara nak pasang, camne cara nak handle baby dan eyeband semua beliau setel sendiri based on apa yang kami ajar by phone jer.

Resultnya, sangat lah awesome. Hari pertama on Fototerapi Di Rumah, TSB level dari 225 turun kepada 179. Lepas tu turun plak lagi dari 179 tu ke 129. Total penurunan 96 dalam masa 2 hari!

Kira power dan banyak lah tu turunnya. Terus lah off keesokkan harinya. 

Kira berbaloi lah. Jauh jarak menyewa dari Kuantan lampu Fototerapi Di Rumah ni, pastu drop banyak dan terus discharge tak perlu follow up TSB lagi.

Harapnya baby-baby lain pun cepat dan banyak juga turun Jaundice yer :) 







PUAN AZDA - DARI 229 KE 181. TURUN 48 DALAM MASA 2 HARI.




Hari ni nak share satu lagi kes patient. Sebelum on lampu Fototerapi Di Rumah, reading 229. Amik masa 2 hari juga untuk turun ke level bawah 200 iaitu 181. Turun 48 reading dalam masa 2 hari.


So, daripada hari-hari kena ambil darah check TSB, dah jadi selang 2-3 hari pulak. 

Bila dah tak perlu ambil darah hari-hari, itu petanda TSB dah tak terlalu tinggi dan semakin menghampiri ke safe level. Kalau berterusan drop secara gradually walaupun sikit, insyallah baby Puan Azda tak lama free from Jaundice lah.

Alamak, tak panjang sangat cerita kali ni. Yelah, straight forward jer kes ni. Puan Azda pun follow semua yang kami cakap dan ajar. Baby pun tak meragam masa duduk bawah lampu. Reading pun okey jer turun, so kes closed lah.

Semoga baby-baby Jaundice yang lain pun dapat cepat turun TSB ke safe level. Nanti tak payah pegi ambil darah daily lagi.



Thursday, January 19, 2017

PUAN HAZARINA - TURUN 39 DALAM SEHARI

Antara kes Fototerapi Di Rumah yang sewa sehari jer. Puan Hazarina on dah dekat petang juga pada hari pertama tu. Esok pagi pegi check doc kata dah tak perlu datang check TSB hari-hari. Selang 2 hari pulak datang check TSB. Tak sampai 24 jam pun duduk bawah lampu Fototerapi Di Rumah turun 39 bacaan. 

Biasanya bila doc@KK minta datangs selang 2-3 hari pulak instead of datang hari-hari, itu ialah petanda reading TSB baby dah hampir berada pada safe level. Insyallah kalau pola penurunan sekata walaupun tidak drastik, baby mungkin akan boleh discharge from TSB checkup beberapa hari lagi.

Yang penting, kena setelkan cepat-cepat Jaundis tu dalam masa 14 hari yang doc@KK berikan tu. Kalau tak baby akan consider Prolonged Jaundice dan kena follow up/monitor untuk 14 hari lagi. Total sebulan :(

Semoga baby Jaundis semua cepat sembuh dan Jaundice Free sebelum masuk hari ke 14 yer. Amin :)







PUAN SUHA - DARI 229 TURUN KEPADA 166.

Hari tu dah up cerita pasal Encik Zam yang self pickup Lampu Fototerapi Di Rumah kan. Sebenarnya yang mula-mula self pickup sendiri ni ialah kes Puan Suha. Maaf lah lambat up cerita yang ni.

Puan Suha ni berpantang di Chini. Suami sanggup nak self pickup sebab lagi beberapa hari beliau kena terbang ke Sabah semula atas urusan kerja. Jadi, bimbang kena ulang alik sepanjang ketiadaan beliau kat sini, tu yang jadi nak cuba juga Fototerapi Di Rumah tu.

Kalau diikutkan tak muat sebenarnya kereta Wira. Sebab bukaan pintunya tak besar. Tapi entah macam mana kami dan suami Puan Suha ejas sana sini position boleh pun muat. Lega. Kalau tak memang kena ikut suami Puan Suha balik Chini nampak gayanya.


Macam biasa, walaupun self pickup, cara-cara penggunaan lampu Fototerapi Di Rumah tetap kena ajar. Cara jaga baby dan of course kaedah yang betul untuk pasang lampu sebab Technician tak dapat follow untuk buat installation kan. Jadi suami Puan Suha kena take note lah. Tapi dont worry, sebab kami still akan guide juga melalui phone bila dah sampai rumah nanti.

Dari 229 kepada 200. Kemudian turun kepada 166 keesokannya dan terus Jaundice Free! Kira berjaya lah. Lega rasa dapat bantu juga orang luar Kuantan guna Fototerapi Di Rumah. 

Insyallah, kalau mana yang kami mampu, orang luar Kuantan pun kami cuba bantu supaya dapat guna juga servis Fototerapi Di Rumah ni macam orang Kuantan. Doakan kami dapat bantu lebih ramai lagi orang yang percaya dan perlukan servis kami yer.

Starting November 2016 kami terima banyak permintaan dari luar Kuantan untuk pasang Fototerapi Di Rumah. Jadi, mungkin kami perlu SOP baru berkenaan self pickup ni. Luar Kuantan maksudnya masih dalam negeri Pahang, yang Penang, Kedah dan Johor tu minta maaf sangat lah kami belum sampai sana lagi.

Insyallah maybe tahun 2017 ni ade rezeki buka di tempat lain. Amin :)



Tuesday, January 17, 2017

ENCIK ZAM - DARI 238 KE 170

Encik Zam ni ceritanya dia tinggal di Jengka. Sebenarnya sejak November lepas, ramai yang tinggal dari luar Kuantan nak sewa lampu Fototerapi Di Rumah.

Mula-mula agak berat hati juga nak bagi patient pasang sendiri, tapi memandangkan patient sanggup nak self pickup walaupun jauh, kami mula rasa, okey ini kes urgent ni. Apa salahnya tolong luar sikit dari kebiasaan yang company buat.

Lepas setup meeting dan pickup point. Kami tunggu Encik Zam sampai di rumah dan cuba guide semula cara installation lampu walaupun masa meet dan pickup tadi dah terangkan juga.

Sebelum ni ada juga yang nak self pickup. Tapi tak semua kereta muat. Yang penting kalau nak self pickup.

1. Seat belakang takde orang duduk. Kena completely free sebab set ni makan ruang.
2. Bukaan pintu kereta mesti kena luas. 

Contoh ni kereta Honda EK Encik Zam. Surprisingly, muat dengan selesanya. Luas rupanya! :D



Alhamdulillah, Encik Zam dapat install lampu Fototerapi Di Rumah dengan sendiri siap dengan baby cot dan eyeband sekali.



Kat atas tu gambar lampu Fototerapi Di Rumah yang Encik Zam install sendiri macam yang kami guide. Siap position baby cot dan pemakaian eyeband dengan betul. Kelassss! Macam Team Installer kami dah. Encik Zam sempat guna lampu ni 2 hari. 

Dari reading baby 238 ke 211 esoknya. Kemudian dari 211 ke 170 hari kemudiannya. Lega dapat bantu Encik Zam rawat Jaundis baby kat rumah. Walaupun jauh tapi insyallah kami cuba bantu. Apa-apa kita bincang.

Semoga baby Encik Zam cepat free from Jaundice! :)