Sunday, April 30, 2017

MAKLUMAN - ORANG KL & SELANGOR


* Berikut adalah sebahagian daripada screenshot inbox Facebook kami. Kalau ikutkan banyak lagi tak termasuk yang di Whatsapp lagi. Nak letak semua jadi panjang pulak nanti sampai bawah pulak gambar ni.

MAAF SANGAT-SANGAT! 

Very sorry dan mintak ampun pada warga Selangor & Kuala Lumpur yang berminat nak mendapatkan servis kami, kami tidak ada team di kawasan sana. Sebenarnya sejak setahun lepas lagi orang-orang Selangor & KL adalah yang paling kerap inbox kami di Facebook nak sewa lampu Fototerapi Di Rumah. Mintak maaf sangat-sangat sebab servis kami tak sampai kesana lagi buat masa ni.

Lain-lain kawasan contohnya di Penang, Kedah, Terengganu, dan Johor pun ada inbox tanya. Tapi orang Selangor & KL adalah yang paling kerap. Dalam sebulan mesti ada 5-10 orang. 

Rasa segan sangat-sangat bila terpaksa tolak dan tak dapat serve customer disana :(

JADI... :D

Kami nak open pada orang-orang Selangor & KL kalau mana yang berminat nak cuba buat Fototerapi Di Rumah di kawasan anda. 

Dengan kata lain, jadi TEAM FOTOTERAPI DI RUMAH - SELANGOR @ KL.

Kami bukanlah company besar. Tapi dalam team ada orang-orang yang berpengalaman bekerja dalam bidang kesihatan/hospital dalam bidang medikal dan teknikal. Insyallah, boleh bergerak sama-sama dalam membantu memudahkan urusan lebih ramai ibu bapa mengubati Neonatal Jaundice bayi mereka.

APA MAKSUD JADI TEAM TU YER?

Oh yer. Jadi Team Fototerapi Di Rumah ni bukanlah maksudnya kerja dengan kami. Bukanlah kami bayar gaji ke macam mana. Lampu Fototerapi ni kena beli. Tapi beli dengan kami. Once dah beli, kami akan provide training dan update crucial knowledge samada dari segi medikal atau teknikal dari masa ke semasa. Kami akan support marketing sedikit sebanyak. Keuntungan adalah hak milik 100%. Kami tak campur. Soal harga pun kami tak tetapkan perlu follow harga macam Team Kuantan atau Team Senawang. 

Soalnya cuma perlu ada modal untuk beli lampu Fototerapi ni lah. Barang-barang medical equipment memang mahal. Sebab itulah hospital jer yang beli. Kalau kita orang personal nak beli, kena ada modal sikitlah. Lepas bab modal, boleh jalan terus.

Kalau ada orang Selangor & KL yang berminat boleh whatsapp 
010-288-8429 (En Hafez - Manager, Blue Spectrum Services. Team Fototerapi Di Rumah Kuantan)

Tahun lepas kami berjaya JV dengan Team Fototerapi Di Rumah - Senawang. Mana tahu tahun ni ade rezeki ade Team di Selangor atau KL pulak?

Kami tunggu response daripada makluman ni. Insyallah ade rezeki kita bekerjasama :)

ENCIK ZUL - DARI 242 TURUN KE 153.


Hai semua. Kali ni nak share pasal baby En Zul. Lepas 3 hari guna lampu Fototerapi Di Rumah, kuning baby En Zul dah boleh turun dengan sendirinya. Sebelum ni kalau tak duduk bawah lampu memang naik readingnya.

Sebelum ni memang dah pernah admit dan tinggal di hospital. Masa di hospital kalau duduk di bawah lampu En Zul perasan memang ade penurunan. Tapi lepas balik dan off lampu, kuning baby naik semula. Jadi, En Zul fikir kalau buat di rumah sama jer, kenapa tak cuba sewa lampu Fototerapi Di Rumah kan?

Kes baby En Zul ni straight forward jer, duduk bawah lampu, manage accordingly pastu Jaundice pun makin beransur kurang.

Dari 242 hari pertama sebelum sebelum on lampu Fototerapi Di Rumah, esoknya turun pada jadi 217. Kemudian turun lagi kepada 184. 

Dari 184 tu turun kepada 159 tanpa penggunaan lampu Fototerapi Di Rumah. Maknanya Jaundice baby dah boleh turun dengan sendirinya dah lepas tu. Wah, bagusnya!

Sebenarnya ada kes yang lepas off lampu, Jaundice naik balik. Sama macam kes yang dah berhari-hari duduk di hospital, tapi lepas balik umah dan off lampu Fototerapi di hospital, terus naik balik reading Bilirubin baby. Tapi kes baby En Zul ni alhamdulillah, lepas off lampu reading Bilirubin boleh turun dengan sendirinya.

Apa-apa kita perlu rujuk nasihat yang diberikan oleh KK@Doc. Kalau mereka nasihatkan dah tak perlu on lampu Fototerapi Di Rumah sebab reading dah beransur kurang, kita off lah. Simple jer :D

Terima kasih pada Puan Jamilah sebab sudi share servis kami pada En Zul. Semoga lebih ramai lagi dapat manfaat daripada servis dan usaha kami ni. Amin :)







Sunday, April 23, 2017

FOTOTERAPI DI RUMAH - SENAWANG

Hi! 

Bagi mommy & daddy sekitar Seremban, Senawang & Nilai boleh la berurusan dengan Team Senawang kami. 

Boleh check link blog mereka - Fototerapi Di Rumah -Senawang untuk lebih testimoni dan proven result.

Kat situ boleh tengok penurunan result Bilirubin 

Dari 223 ke 123. 
Dari 243 ke 134 dan 
Dari 245 ke 108

Semuanya dalam sehari tempoh sewaan! Banyak kan?! Nak tahu lebih lanjut? Call terus Team Fototerapi Di Rumah - Senawang yer :)

IKLAN

Hi! Mommy & Daddy. Hari ni nak share satu page kawan - Arissa Headband

Tu dia. Lubuk Headband Baby Girl Anda Hanya Disini! 

Camtu sekali ha ayat dia kat cover page. Tapi memang lubuk pun. Banyak choices dan murah giler. Tak percaya? Boleh usha page tu sekarang.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: flower

Image may contain: text

Ni jiran booth masa join Baby Fair Expo tahun lepas ni. Tetiba teringat pulak sambil-sambil nak create post baru ni, alang-alang sharing lah :)

Ok, selamat menjamu mata dan bershopping Headband! :)

IKLAN

Hi! Mommy & Daddy. Hari ni nak share satu page kawan - Zarinas Empire - Babies & Mother's Need
.
Ada special item sini. Pampers Softie Dry. Geram pulak menengoknya! :D

.



Kalau kami buat satu contest dan bagi pampers Softie Dry tu as prize agak-agak nak tak? :P
.
Page ni ade jugak selling babies punya barang dan mother's punya need yang lain. Boleh la jenguk-jenguk ya. Page kawan-kawan ni. Hari tu page ni share page kami, now turn kami pulak share their page and return the favor.
.
Oklah, saje jer iklan ni lalu sekejap. Jumpa lagi di post akan datang :)



Tuesday, April 18, 2017

ENCIK FIRDAUS - DARI 266 TURUN KE 127. BEBAS JAUNDIS!


Hai,lama jugak tak post cerita kan. Maaflah, admin bertugas sibuk dengan urusan nak kawin. Haa, nanti dah ade anak, boss bagi admin special diskaun lah kalau anak kena Jaundice nak sewa lampu Fototerapi Di Rumah. Tapi sebenarnya nanti admin nak mintak free lah kot mana tahu dapat :p 

Banyak post yang tertangguh ni. Takpelah kita upload slow-slow yer. 

Kali ni kes baby Encik Firdaus yang tinggal di Kuantan. Baby Encik Firdaus ni dah kena Jaundice sejak lahir. So, tak sempat balik rumah dah kena admit. Normal macam tu lah, kalau Jaundice dikesan awal selepas kelahiran memang terus admit. 

Tapi nak dijadikan cerita, baby Encik Firdaus dah admit 2x ni. Jadi agak penat juga sebenarnya kalau main admit berkali-kali ni. Itulah sebabnya Encik Firdaus buat keputusan untuk sewa jer lampu Fototerapi ni dan buat Fototerapi Di Rumah.

Jom tengok camne result baby Encik Firdaus.



Dari 266. Turun ke 127. Encik Firdaus sewa selama 3 hari. Lepas hari ke 3 sewa lampu Fototerapi Di Rumah tu doc di KK beritahu yang baby Encik Firdaus dah tak perlu check TSB untuk Jaundice dah. Dah bebas Jaundice. YAY!

Kami happy sangat kalau dapat bantu parent sampai anak bebas Jaundice. Sebab tu kami kira kalau hari ke3 dan keatas harga sewaan akan jadi RM90/sehari jer. Tujuannya nak encourage parent supaya letak baby bawah lampu lagi sampai betul-betul doc/KK maklum tak perlu check TSB Jaundice dah. Supaya betul-betul Jaundice FREE!

Yelah, kalau kami maintain harga sama jer dari 1st day bimbang ade parent yang rasa ralat pulak kalau nak sewa lama-lama. Sayang lah sebab dah on lampu kalau tak continue sampai abes or at least sampai drop reading TSB Jaundice tu ke level yang serendah mungkin. 

Dengan cara macam ni lah yang kami dari team Fototerapi Di Rumah boleh bantu. Harap-harap dapat ringankan dan mudahkan urusan parent semua dalam merawat Jaundice baby di rumah. Oklah,jumpa di post akan datang pulak. Sharelah page ni pada kawan-kawan juga ya. Mana tahu bermanfaat buat dorang kan. Bye ~