Salam dan Hi! buat parent-parent semua. Hari ni nak share kes Encik Mus yang sewa khidmat Fototerapi Di Rumah dengan kami. Encik Mus ni sewa sehari jer sebab penurunan yang banyak juga dalam masa sehari.
Reading sebelum sewa Fototerapi Di Rumah ialah 251. Hari esoknya turun kepada 179. Penurunan sebanyak 72 reading dalam sehari tempoh sewa! Banyak kan!
Asalnya Encik Mus nak guna jer baby cot yang kami providekan, baby cot jenis besi sama macam hospital tu. Rujuk gambar di bawah. Tapi sebab kami perasan baby cot Encik Mus ni kebetulan tinggi macam baby cot kami juga. Maka takde masalah nak guna baby cot sendiri.
Sebabnya ada jarak optimum antara lampu dan permukaan kulit baby. Kalau terlalu jauh lampu, intensity lampu tak cukup kuat untuk menurunkan Bilirubin. Kalau terlalu dekat bimbang ada side effect lain pula. Jadi, adalah penting untuk mematuhi jarak standard antara lampu dan baby, dan tinggi baby cot sangat memainkan peranan.
Bila baby tido dalam baby cot sendiri. Potensi untuk baby lebih selesa adalah tinggi. Bila selesa, baby akan lebih duduk lama bawah lampu dan sekaligus tempoh rawatan akan menjadi lebih optimum dan efektif.
Terima kasih Encik Mus kerana berminat dan percaya dengan servis kami, kami doakan baby Encik Mus cepat terus sembuh dari Jaundice dan membesar dengan sihat. Amin :)
Baby Encik Mus dapat turun 72 reading dalam masa sehari sewaan Fototerapi Di Rumah. Terus doctor cakap tak perlu datang check up hari hari dah. Selang 3 hari pulak.
Baby tuan/puan pula macam mana? Nak cuba servis Fototerapi Di Rumah? :)