Wednesday, July 26, 2017

EN ZAKI - DARI 197 TURUN KE 97. TURUN 100 READING DALAM MASA 2 HARI!


Terima kasih En Zaki dari Mentakab kerana percaya pada servis kami. Dari Mentakab pun sanggup ambil servis dengan kami Team FDR Kuantan. Kalau ikutkan memang kami tak hantar sampai ke Mentakab sana. Jauh sangat tu. Kami paling jauh pun akan hantar ke Gambang jer.

Kalau lebih pada tu biasanya kami akan cadangkan supaya self collect jer.  Setakat ni Alhamdulillah, ramai yang sanggup.

Untuk kes En Zaki ni kebetulan ayah beliau tinggal di Kuantan dan nak melawat beliau dan baby pada hari En Zaki call.  Jadi, En Zaki kirim lah lampu ni sekali supaya selamat sampai ke Mentakab. Kesian jugalah siapa yang kena duduk di seat belakang tu sebab lampu ni kalau masuk kereta agak besar juga size dia. Tapi ada lah sikit space muat sorang duduk.

*Gambar baby cot bila dah masuk dalam kereta

En Zaki nak sewa 3 hari terus. Biasanya kalau sewa 3 hari terus ada special discount. Tapi kena bayar lump sum terus harga untuk 3 hari tu. Tapi masuk hari ke2 reading dah drop dari 197 ke 97. Kalau ikutkan pada reading dah tak perlu check up lagi sebab dah below 100. Tapi baby En Zaki ada berbaki 1 kali lagi check up so hari ketiga tu takde reading yang boleh diberitahu kepada kami. Cumanya kalau dah drop sampai below 100. Biasanya KK atau pihak hospital dah kira baby tu free from Jaundice dah tu.


*Gambar reading buku pink  baby

Semoga Team FDR dapat bantu lebih ramai parent yang ada masalah baby Jaundis macam En Zaki.

Nak cuba turunkan 100 reading TSB dalam masa 2 hari?


Alhamdulillah, En Zaki berjaya turunkan Jaundis baby beliau dengan servis lampu Fototerapi Di Rumah dari kami.

Tuan/Puan ada masalah yang sama? Call jer nombor kat atas. Insyallah kita sama-sama usaha. Allah juga yang menyembuhkan. Aminn :)

Tuesday, July 4, 2017

FOTOTERAPI DI RUMAH DIBUKA KEMBALI


Yayy! 

Setelah bercuti selepas hari raya ke2 tempoh hari kini servis Fototerapi Di Rumah berjalan seperti biasa mulai 5/7/17.

Masa penghantaran adalah dari jam 10 pagi-12 tengah hari dan jam 8.30 malam - 9.30 malam.

Terima kasih pada parent-parent yang sudi share servis kami sepanjang bulan puasa dan raya tempoh hari sampai tak menang tangan kami dibuatnya. Bayangkan, sampai pagi raya pun masih ada yang call nak sewa minta pasang lampu Fototerapi Di Rumah :D

Semoga kami dapat membantu parent-parent semua merawat Jaundis di rumah dengan lebih selesa, kurang gangguan untuk ibu-ibu yang breastfeeding dan yang sedang berpantang.

Sebarkan pada kenalan yang memerlukan. Semoga servis kami bermanfaat ya :D