Wednesday, October 17, 2018

MEMO MUSIM HUJAN


Memandangkan musim hujan telah pun bermula khususnya bagi negeri-negeri Pantai Timur, kerja-kerja penghantaran dan pemasangan bagi team FDR Kuantan akan dihadkan sehingga jam 4.30 petang sahaja.

Walaubagaimanapun, pemasangan di waktu malam (8.00-9.00 malam) masih boleh dibuat sekiranya keadaan cuaca mengizinkan.

Hafez
Team FDR Kuantan

Monday, July 9, 2018

ENCIK AIMAN - DARI 220 TURUN KE 160 DALAM 2 HARI



Sebelum sewa lampu Fototerapi Di Rumah, baby En Aiman ni dari reading 214 naik ke 216. Nampak macam makin menaik n takde perubahan. Jadi En Aiman halo kami untuk buat pemasangan. Asalnya doctor cadangkan supaya guna sehari je, tapi En
Aiman fikir nak guna Fototerapi Di Rumah selama dua hari terus lah senang.
.
Hari pertama alhamdulillah, dari 218 tu drop kepada 190. Lepas tu keesokannya turun lagi sampai 160. Terus doctor gapkan check up kepada selang 2 hari pulak.
.
Insyallah, rasanya baby En Aiman takde masalah dah tu kot. Happy dapat bantu En Aiman, tak pernah jumpa pun, deal by wasap je, sebab En Aiman busy ke sana sini menguruskan hal anak ditambah plak isterikan Puan Kam melahirkan secara caesar. Jadi memang bagi isteri fully rest di rumah lah.

Senang pantang dirumah je, baby pun ade kat sebelah, tambahan lagi caesar pulak, memang perlukan extra rest n care. Kalau stress-stress nanti susu pun takde mengganggu proses breastfeeding plak.  Macam-macam :(

Semoga baby En Aiman free from Jaundice (reading 100 n kebawah) dengan kadar segera. Nak kami bantu macam En Aiman? Klik n wasap je link kat bawah ni. Moga dimudahkan urusan tuan/puan sekalian. Amin :)
.
www.wasap.my/60195381612/Hi+FTeam+FDR+Kuantan
.
Semoga dapat membantu. Amin 🚗💨💨💨
.
#Jaundis
#Jaundice
#DemamKuning
#SewaLampuFototerapi
#FototerapiDiRumah
#HomePhototherapy

Friday, June 29, 2018

TEAM FDR BATU PAHAT

Di kesempatan ni, kami nak maklum yang Team FDR Batu Pahat mungkin akan bersama kami dalam masa terdekat ni. Semua masih dalam rancangan dan proses setup.

Kalau ada yang masih ingat, Team FDR Batu Pahat pernah berjalan selama sebulan lebih sebelum mereka berhenti beroperasi. Masa tu kami Team FDR Kuantan pinjamkan unit lampu fototerapi kami pada mereka sebab boss nak cuti honeymoon! :D

Sempat lah mereka cuba market disana, dan alhamdulillah, walaupun Batu Pahat tak macam JB, tapi request masih ada sampai ke hari ni.

Insyallah kami menunggu green light dari En Aidil, in charge Team FDR Batu Pahat disana untuk kata on je ni. Warga Batu Pahat nanti kita jumpa!!! :D


SALAM SYAWAL KE 15 TAHUN 2018

Maaf hampir sebulan tak update blog. Sedar tak sedar rupanya nak habis dah bulan Jun. Jujurnya kami sibuk betul sepanjang bulan ni.

Hari tu sebelum raya full aje lampu. Habis semua 3 unit orang sewa. Semua dah berkira-kira taknak warded time hari raya. Kami masih terima call pada raya pertama untuk request pasang tapi apakan daya, semua dah fully booked sehingga raya kedua. 

Lepas tu kami bercuti sekejap selama 2 hari, sebab ada family event di Terengganu. Tak boleh cuti lama, masa di Terengganu pun orang Kuantan ramai call nak pasang. Jadi keesokannya kami balik semula ke Kuantan.

Sekarang dah 15 Syawal, request lampu masih on seperti biasa. Cuma biasanya ada satu daripada tiga unit kami yang free. Nampaknya tahun ketiga team FDR Kuantan ni tak beraya mana sebab sibuk dengan request yang bertambah.

Terima kasih atas sokongan! Kami sangat hargainya. Kami akan cuba baiki mana yang kurang dan lebihkan mana yang bagus. Terima kasih semua!!! :)

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tahun. Aminnn. Maaf Zahir & Batin dari kami.

Hafez
Team FDR Kuantan

Tuesday, May 29, 2018

ENCIK AMIR - DARI 140 KE 80. TURUN 60 DALAM SEHARI!

Encik Amir ni customer lama. Tahun 2016 anak pertama beliau pernah guna servis kami. Tak sangka walau dah tukar nombor telefon, jumpa jugak En Amir dengan nombor baru kami.

Asalnya nak sewa 2 hari, dah bayar siap dah pun untuk sewaan 2 hari.

Sekali esoknya terus drop bawah 100, dapat result 80 lepas sehari guna. Jadi kami return lah balance duit.


Yelah, dah tak perlu lampu dah kalau bawah 100, KK akan declare free from Jaundice dah.

Alhamdulillah, dapat bantu En Amir selesaikan masalah kuning baby beliau supaya tak berpanjangan.

Nak guna Lampu Fototerapi Di Rumah juga macam En Amir? Klik n wasap jer link bawah ni.

.
Semoga dapat membantu. Amin ðŸš—💨💨💨

Friday, April 13, 2018

LAMPU BARU TEAM FDR KUANTAN.


Dalam tempoh sebulan lebih ni kami banyak reject customer sebab lampu penuh. Ada yang sanggup tunggu sampai orang habis sewa pun ada. Susah hati pulak kami dibuatnya bila jadi gitu.

Jadi, rasanya dah sampai masa untuk kami tambah lampu untuk cover kes-kes yang semakin banyak ni. Masih lagi jenis LED seperti unit-unit kami yang lain. Insyaallah, penghujung bulan April ni kami start guna lampu baru macam yang dalam gambar dibawah tu.

Kalau perasan di hospital-hospital kerajaan pun dah mula banyak model jenis LED ni, walaubagaimanapun, lampu jenis pendaflour masih lagi banyak digunakan. Cuma, lampu jenis LED ni penurunannya lebih cepat dan banyak, suhu pun tak panas sangat berbanding jenis pendaflour.

Semoga dapat bantu lebih ramai lagi parent dan baby di masa akan datang. Terima kasih yang tak terhingga kerana menyokong Team FDR selama ini. Amin 

Nota : Tahun 2018 ni belum buat apa-apa contest atau bagi hadiah lagi, mungkin bulan puasa nanti boleh kot buat satu. Doakan supaya kita semua dimudahkan untuk berkongsi rezeki ya 

Hafez
Manager
Team FDR Kuantan

Image may contain: indoor Image may contain: indoor

Thursday, March 15, 2018

PUAN ZULAIKHA - DARI 183 KE 119. TURUN 64 READING.


No automatic alt text available.

Kalau ikutkan hari ni baby Puan Zulaikha sambung check up di KK lepas beberapa hari cuti CNY.
.
Moga baby beliau terus bebas Jaundis hari ni dan dimudahkan urusan Puan Zulaikha. 
.
Bagi yang perlukan servis Fototerapi Di Rumah dari kami, boleh terus klik link wasap di bawah:
.
.
Semoga dapat membantu. Amin ðŸš—💨💨💨

Wednesday, March 14, 2018

ENCIK FIRDAUS - DARI 226 KE 150. TURUN 76 DALAM MASA 2 HARI


No automatic alt text available.

Encik Firdaus ni kerja di KL. Kebetulan cuti dah habis dan terpaksa tinggal wife di Kuantan untuk berpantang.

Kami bantu supaya En Firdaus yang duduk jauh di kl tu tak risau sangat baby beliau kena admit ke apa.

Sewa lampu Fototerapi Di Rumah untuk baby Jaundice lagi senang, mudahkan urusan ibu berpantang dan selesakan urusan breastfeeding baby.

Kalau nak kami bantu anda macam kami bantu En Firdaus dan wife ni just klik jer link Whatsapp kami di bawah.


Semoga dapat membantu. Amin ðŸš—💨💨💨

Saturday, February 24, 2018

EN YUZAIDAH - DARI 284 KE 140. TURUN 144 DALAM 2 HARI!

No automatic alt text available.


Yer, drop 144 dalam masa 2 hari adalah satu penurunan yang sangat banyak. Rasa cam tak percaya pun ada, tapi tulah yang dimaklumkan oleh En Yuzaidah ni.
.
Ni cerita sebelum Chinese New Year hari tu. En Yuzaidah pun dah tak perlu ke KK lagi check up hari hari.
.
Hari ni (19/2/18) masih ada 1 lagi unit yang available untuk disewa, bagi yang berminat dengan servis Fototerapi Di Rumah boleh terus klik link wasap kami :
.
.
Semoga dapat membantu. Amin ðŸš—💨💨💨