Dalam tempoh sebulan lebih ni kami banyak reject customer sebab lampu penuh. Ada yang sanggup tunggu sampai orang habis sewa pun ada. Susah hati pulak kami dibuatnya bila jadi gitu.
Jadi, rasanya dah sampai masa untuk kami tambah lampu untuk cover kes-kes yang semakin banyak ni. Masih lagi jenis LED seperti unit-unit kami yang lain. Insyaallah, penghujung bulan April ni kami start guna lampu baru macam yang dalam gambar dibawah tu.
Kalau perasan di hospital-hospital kerajaan pun dah mula banyak model jenis LED ni, walaubagaimanapun, lampu jenis pendaflour masih lagi banyak digunakan. Cuma, lampu jenis LED ni penurunannya lebih cepat dan banyak, suhu pun tak panas sangat berbanding jenis pendaflour.
Semoga dapat bantu lebih ramai lagi parent dan baby di masa akan datang. Terima kasih yang tak terhingga kerana menyokong Team FDR selama ini. Amin 

Nota : Tahun 2018 ni belum buat apa-apa contest atau bagi hadiah lagi, mungkin bulan puasa nanti boleh kot buat satu. Doakan supaya kita semua dimudahkan untuk berkongsi rezeki ya 

Hafez
Manager
Team FDR Kuantan

