Sunday, December 18, 2016

PUAN IZATI - TURUN 26 DAN DISCHARGE.

141-115. TURUN 26 DAN DISCHARGE.

Lega sangat dapat bantu Puan Izati. Doc@KK maklum reading TSB perlu 100 atau kebawah sebab baby dah day 14 untuk tak perlu datang check up dah.

If not, kena extend lagi 14 day monitoring dan ambil darah yang banyak sikit tu n kena buat further blood test.

Puan Izati dah dimaklumkan, apabila baby dah 14 day, Fototerapi akan jadi lebih challenging sebab baby dah besar sikit dan aktif. Maybe dia kuat meragam dan reject untuk dalam baby cot bawah lampu tu. Jadi penurunan mungkin sedikit sebab tak dapat exposure lama.

Memandangkan keesokannya baby akan day 15. Jadi Puan Izati cuba lah buat sehabis baik.

Alhamdulillah, Puan Izati maklum baby dah discharge from TSB daily check up. Lega dia. Kami pun tumpang happy.

Terima kasih pada kawan-kawan Puan Izati yang rekemen tu. Sampai dua orang kawan Puan Izati tolong carikan servis ni untuk dia. Sayang kawan-kawan dia pada Puan Izati.

Moga Puan Izati dapat terus berpantang dengan lebih selesa dan selamat di rumah.















PUAN RINA - TURUN 41 DALAM SEHARI.

198-157. 

Masa Puan Rina call mintak pasang. Lampu sebenarnya dah fully orang sewa. Cuma ada 1 lampu tu akan off sedikit lewat petang. 

Jadi lepas deal time yang sesuai. Puan Rina kata okey untuk datang sedikit lewat petang dan beliau boleh tunggu.

Straight forward aje. Buat macam biasa, kami hantar, pasang dan ajar seperti kebiasaannya.

Alhamdulillah, dapat jugak penurunan walaupun sedikit. Sekurang-kurangnya tidak lah exceed 200+ reading macam hari sebelum on Fototerapi dan KK mintak datang check up untuk selang dua hari berikutnya pulak instead of datang hari-hari.

Lega dapat bantu Puan Rina. Kami doakan baby Puan Rina cepat recover dan free from Jaundice sebelum day 14.





Monday, December 5, 2016

PUAN AIZILA - TURUN 141 DALAM SEHARI!!!



REKOD BARU!!!

307 - 166. TURUN 141 BACAAN DALAM SEHARI!

Biar betul ni! Rasanya ni lah penurunan paling banyak setakat ni bagi tahun 2016 ni. Belum pernah lagi dapat patient yang rekod bacaan penurunan sebanyak ini. Turun 141 bacaan dalam masa sehari!


Puan Aizila ada beritahu, 16 jam duduk bawah lampu. Memang jaga betul-betul. Yelah, baby pun reading tinggi, 300 tu! Itu yang Puan Aizila dan suami memang pastikan baby memang fully utilize lampu ni. Jadi, kalau Puan Aizila cakap 16 jam tu memang kami percaya lah.

Hasilnya 141 drop bacaan. Memang tak percaya. Klinik Kesihatan pun tak percaya. Tapi takpelah, sebab result pun dah turun, jadi tak perlu check up hari-hari dah. Oklah tu! Klinik memang akan follow process flow jer :)

Sewa sehari yang berbaloi. Puan Aizila dah ade pengalaman merawat baby Jaundis yang tinggi readingnya,tapi boleh drop dengan sangat banyak dalam sehari. Anda atau ada sesiapa yang anda kenal bagaimana?

Tak penat ke drop 10-15 bacaan sehari dan terpaksa berulang ke KK tak berhenti?

Baby Puan Aizila, drop 141 bacaan dalam masa tak sampai 24 jam. Wow! :D








Monday, November 28, 2016

PUAN KAFIZA - TURUN 110 DALAM MASA 2 HARI


200 - 90. TURUN 110 DALAM MASA 2 HARI! :D

Ok, yang ini kelakar. Lepas sehari guna lampu Fototerapi Di Rumah, Puan Kafiza pegi daily check up untuk update result Jaundice baby. Sebelum on lampu, reading baby 200. Lepas guna lampu dan pegi check up KK kata turun banyak, tapi dorang tak percaya!

Boleh pulak tak percaya. Standard guna lampu jenis LED untuk treat Jaundice memang turun sekitar 20-50 sehari. Turun 100 pun pernah patient kami rekodkan!

Jadi result tu KK tak kira. Dorang mintak Puan Kafiza datang semula esoknya. Jadi, Puan Kafiza extend lagi 1 hari sewa. Result 200 kekal dalam buku sebab KK anggap reading tak betul.

Arini Puan Kafiza cek lagi. Sekali nah! Reading dah jadi 90!

Kebanyakkan KK bila baby result Jaundis bawah daripada 100. Mereka akan declare sebagai Jaundice Free. Means dah takde Jaundice dan tak perlu repeat lagi.

Amacam, best kan bila dah tak perlu datang cek & amik darah hari-hari lagi? :D

Boleh duduk umah dengan aman & baby tak perlu nangis kena cucuk-cucuk amik darah lagi!

Tq Puan Kafiza sewa dengan kami. Korang ade kenal sape-sape yang tengah cari servis ni sila lah tag dorang k. Atau korang sendiri ke tengah cari, halo jer sepatah    




























:D





Sunday, November 27, 2016

PUAN ZUHAILA - TURUN 130 DALAM MASA 2 HARI


262 - 175 - 132
.
Wow. Mengganas betul Lampu Fototerapi jenis LED ni. Turun 130 reading Bilirubin dalam masa 2 hari! :o
.
Puan Zuhaila sempoi jer orangnya. Halo sekali, tanya harga, setuju, terus pasang. Tak sampai 5 minit cakap fon terus on.
.
Mungkin Puan Zuhaila dah survey, kalau guna lampu Fototerapi jenis LED memang Jaundis cepat turun.
.
Pada yang masih tak pasti apa beza lampu Fototerapi jenis LED dan pendaflour tu, insyallah nanti ade masa kami tulis post berkenaan tu. Memang jauh beza! B|
.
Nak guna lampu Fototerapi jenis LED jugak untuk treat baby Jaundis di rumah? Nak turun cepat dan banyak jugak macam baby Puan Zuhaila? Halo-halo jer kami k ;





PUAN IZA - TURUN 70 DALAM MASA 2 HARI


246 - 208 - 176

Turun 70 bacaan dalam masa 2 hari. Baby Puan Iza dah boleh stop duduk bawah lampu hari ni :)

Kenapa duduk di hospital kalau boleh treat baby Jaundice di rumah jer? Asalkan baby just normal Jaundice jer dan tak demam atau kena on Antibiotic ke ape, boleh jer treat di rumah B|

By the way, terima kasih pada Puan Iza & suami Encik Syafiq kerana sangat sporting sepanjang menggunakan perkhidmatan kami. Friendly sangat. Bila friendly-friendly gini mintak diskaun pun no 
hal :
















Saturday, November 12, 2016

INFO OPERASI

PEMASANGAN WAKTU MALAM

Dukacita dimaklumkan, penghantaran dan pemasangan lampu Fototerapi di rumah pada waktu malam terpaksa dihentikan seketika.

Ini disebabkan oleh musim monsun yang telah pun bermula. Terutama di negeri-negeri pantai timur seperti kami.

Kesian dekat installer-installer kami, kena harung hujan lebat malam-malam. Abes basah baju & lampu. Nak cari alamat umah pun susah gelap-gelap dan hujan-hujan.

Waktu pemasangan pada waktu siang masih berjalan seperti biasa. Dari jam 10 pagi - 4 petang. Hanya pemasangan pada waktu malam sahaja tidak dapat dibuat bermula November hingga Disember ini.

Maaf pada mummy-mummy & daddy-daddy.

Yang terbaca post ni waktu siang cepat-cepat call kami yer, nanti malam takleh pasang dahhh.

Harap maklum yer :D


FOTOTERAPI DI RUMAH BAKAL BERADA DI SENAWANG!

MAKLUMAN!

Disebabkan Negeri Sembilan adalah champion dalam kes Jaundice (sumber daripada beberapa MO disana). Maka..


Insyallah, bermula Disember 2016. Blue Spectrum Home Phototherapy akan berada di Senawang tak lama lagi. Nanti dah selesai setup, tunggu update kami dari tak lama lagi yer :D

Maaf jarang update page facebook dan blog. Sibuk sangat sekarang ni. Tak sempat nak mengarang cerita panjang-panjang macam dulu. Lepas selesai setup projek di Senawang ni insyallah akan ada lebih masa untuk kita borak-borak lagi.


Jadi, minta jasa baik abang n akak tolong khabarkan kepada kawan-kawan sedara mara di Senawang dan area berdekatan sana

Terima kasih kerana menyokong kami selama ini :)




Monday, October 31, 2016

KES 87 : PUAN ROS - SEWA SEHARI YANG BERBALOI-BALOI

Pada awalnya Puan Ros ada call dan bertanyakan tentang diskaun. Masa tu memang takde promotion atau apa-apa rate diskaun. Jadi harga yang diberitahu Puan Ros adalah harga rate biasa.

Puan Ros dan suami risau sangat sebab dah sign surat tanggung risiko untuk bertanggungjawab sekiranya apa-apa berlaku jika balik umah dan tak admit ni.

Oh, nanti kami tuliskan tentang SURAT TANGGUNG RISIKO jika ada kelapangan.

Alhamdulillah berbaloi, kes Puan Ros ni sangat straight forward. Hantar, pasang, dan ajar. Duduk bawah lampu semalaman. Sebenarnya tak semalaman pun. Sebab mula pasang jam 9 malam. Esoknya dalam jam 4 petang Puan Ros maklum result turun sebanyak 80 bacaan.

Dari 220 kepada 140!

Jadi, Puan Ros cuma perlu sewa sehari jer. Berbaloi! :)

Sebenarnya lampu yang kami gunakan memang pernah banyak kali dapat bantu turunkan reading Jaundice dengan banyak dalam tempoh kurang dari 24jam. Nanti ada masa kami lampirkan bukti berapa ramai dari hampir 100 bayi yang telah menggunakan servis Fototerapi Di Rumah dapat turun dengan banyak dalam masa tak sampai sehari.

Banyak tu bermakna turun sehingga 50-80 dalam sehari sewa. Jadi, sebenarnya walaupun harga sewa agak mahal. Tapi kalau sehari jer boleh turun banyak, rasanya boleh jimat banyak hari daripada kerap ulang alik ke klinik. Makin kerap ke Klinik Kesihatan, makin banyak kali baby kena amik darah kesian.

Jadi, 220 kepada 140. Dalam masa 19jam. Tolak selang 2jam waktu menyusu, kencing berak, rasanya sempat duduk bawah lampu dalam 8jam jer, masih boleh turun sebanyak 80 bacaan.

Rasa-rasa berbaloi tak? :)


KES 82 : ENCIK AMIR - TURUN BAWAH 100, TAK PERLU AMIK DARAH LAGI

Dari 181 ke 136 ke 86!
.
Beberapa hari yang lepas kami dapat bantu En Amir turunkan reading Jaundice baby beliau di bawah level 100.

Baby Encik Amir kalau ikutkan readingnya pernah sampai 300 lebih. Daripada 260 macam tu dalam masa beberapa jam naik kepada 300 lebih. Terus kena admit, double Phototherapy.

Kenaikan mendadak macam tu adalah disebabkan macam yang pernah kami kongsikan sebelum ni, iaitu darah mak adalah jenis O. Memang roller coaster dibuatnya.

Masa Encik Amir on dengan kami, reading dah pun 181. Untuk mengelakkan daripada kena admit lagi. Jadi, Encik Amir standby awal, katanya kalau boleh nak turun bawah 100 baru lega.

Alhamdulillah, daripada 181 reading tu, memang boleh turun bawah 100. Tak perlu double Phototherapy pun walaupun ibu berdarah O. Reading akhir baby Encik Amir adalah 86! Banyak turun tu.

Jadi, kalau ada sesiapa yang kenal sesiapa yang ada isu baby Jaundice macam Encik Amir, bolehlah maklumkan pada mereka tentang servis kami. Halo atau pm jer kami. Insyallah kami cuba bantu sebaik mungkin.

Semoga En Amir sekeluarga dalam keadaan sihat-sihat sentiasa.



 


Sunday, September 25, 2016

KES 76 - MSS BING - ON WAKTU SIANG JER TAPI TURUN BANYAK JUGA!


Hi, jumpa lagi.

Post kali ni nak share pasal kes Mss Bing. Jarang dapat Chinese patient. Rasanya Mss Bing ialah Chinese patient yang ketiga. Orang Kemaman, tapi takpe, haritu dah janji kat orang Kemaman, harga sama jer macam orang Kuantan.

1st day on Home Phototherapy reading dlm 260. Sebelum on Phototherapy reading baby dalam 200 jer pastu naik ke 260. Itu yang Mss Bing call nak mintak suruh pasang malam tu juga :D

1st night on Phototherapy baby meragam sikit. Baby macam boleh agak kalau letak bawah lampu jer terus nangis. Kalau bawak kuar dari baby cot, diam pulak :D

Mungkin sebab eyeband, tapi tak sure juga sebab eyeband Mss Bing beli kat luar tak pakai yang kami provide. Jadi, Mss Bing tak letak baby bawah lampu bila malam. Cuma on Phototherapy waktu siang jer.

Tapi oklah, tak on waktu malam, cuma waktu siang jer boleh dapat penurunan yang agak banyak. 2 hari Miss Bing sewa lampu, cuma on waktu siang jer tapi reading turun sebanyak 114 reading.

Tu yang teruja nak share ni, means tak guna banyak jam pun tapi masih turun dengan banyak. Terima kasih pada Mss Bing juga yang pandai jaga baby. Kata Mss Bing, dia banyak breastfeedkan baby. Jadi kencing dan berak pun banyak. Itu pun menyumbang kepada bagaimana SB Jaundice baby boleh turun dengan banyak.

Oklah, sampai sini aje nak cerita. Nanti kalau ada cerita menarik lagi admin share ok.

Nama : Mss Bing
Kawasan : Paya Berenjut, Kemaman
Bacaan sebelum Fototerapi Di Rumah : 260
Bacaan selepas Fototerapi Di Rumah : 146

Yang mana berminat nak tahu lebih lanjut, call jer kami. Jumpa di post akan datang pulak ya.

Salam ;)

 

Friday, September 9, 2016

KES 73 : ENCIK ADZIZUDIN - DUA HARI TURUN 102 BACAAN





Hi! Salam 1Malaysia :D

Hari ini Encik Adzizudin dari Balok, Kuantan off lampu Fototerapi setelah dimaklumkan oleh staff nurse Klinik Kesihatan Jaundis baby beliau dah turun dan tak perlu check up lagi dah.

Sebelum on Fototerapi Di Rumah, reading Jaundis baby Encik Adzizudin dalam 254 macam tu. Selepas Fototerapi Di Rumah, keesokkannya check reading dah drop sehingga 212. Tapi Klinik Kesihatan maklum, kalau bawah 200 baru ok.

Jadi, Encik Adzizudin extend tempoh sewa sehari lagi. Alhamdulillah, reading hari berikutnya turun sehingga 152. Klinik Kesihatan kata tak perlu check amik darah lagi dah.

Selesai kes Encik Adzizudin :D

Sebenarnya masa mula-mula nak pasang lampu Fototerapi Di Rumah ni, kami dapat tahu mak kepada Encik Adzizudin ni merupakan Matron Hospital. Tak pasti samada dah pencen atau masih bertugas. Kemudian , adik ipar beliau juga merupakan seorang nurse di Wad NICU pula. Isteri Encik Adzizudin sendiri juga seorang nurse tapi bahagian Dental lah.

Berdebar juga tengok mereka perhati cara pasang lampu dan dengar apa yang kami ajar. Alhamdulillah, semua bagi kerjasama yang baik :D

Hari ni jugak dapat call dua orang patient yang bertanya tentang harga dan kaedah rawatan Fototerapi Di Rumah ni. Tapi dua orang yang call ni consider as KIV sebab seorang masih ditahan di HTAA, berminat nak sewa sekiranya dapat discharge esok. Nak beraya Haji di rumah katanya :D

Seorang lagi hanya survey-survey harga dan berminat nak tahu bagaimana kaedahnya kalau-kalau beliau berminat dan setuju nak on rawatan Fototerapi Di Rumah ni.

Tak apa, sebarang pertanyaan berkenaan harga atau kaedah rawatan boleh call jer number di atas page blog ni. Insyallah kami cuba bantu beri yang mana terbaik dan sesuai.

Lastly, semoga baby Encik Adzizudin terus sihat jer lepas-lepas ni. Amin :)

Nama : Encik Adzizudin
Kawasan : Balok, Kuantan
Bacaan sebelum Fototerapi Di Rumah : 254
Bacaan selepas Fototerapi Di Rumah : 152

Yang mana berminat nak tahu lebih lanjut, call jer kami. Jumpa di post akan datang pulak ya.

Salam ;)






Wednesday, September 7, 2016

Fototerapi Di Rumah is back! :D

Wah! Maaf..maaf. Hampir 2 bulan tak update apa-apa di page blog ni. Maaf, kami sedang melalui fasa yang sibuk. Kami lebih aktif di Facebook sejak kebelakangan ini. Boleh dikatakan lampu Fototerapi habis disewakan setiap minggu. Terima kasih pada customer yang percaya pada servis kami.

Sejak last update kes Encik Nasrullah tu, sebenarnya kami dah mencecah hampir 80 kes baby yang dirawat melalui HomePhototherapy ni. Entah sempat atau tidak kalau nak update semua kes tu. Insyallah, kami cuba post kes yang sempat kami sharekan.

Bulan September 2016 ini menandakan semakin hampir Blue Spectrum Home Phototherapy akan berusia genap setahun. Insyallah, lebih banyak yang akan kami cuba perbaiki saban tahun. Teruskan menyokong kami.

Moga-moga kami dapat mencecah baby ke 100 masa genap setahun Blue Spectrum pada bulan Disember nanti. Tunggu, tentu ada tawaran dan diskaun special masa tu ;)

Post ni cuma nak beritahu, insyallah selepas pertengahan September ini, blog akan kembali aktif. Jangan lupa klik, like & share page Facebook kami di tepi kanan blog ni yer. Kat situ ada lebih banyak gambar, video dan post berkenaan Jaundice dan servis kami.

Oklah, semoga mama-mama dan baby-baby sihat aje. Papa pula jangan lupa bagi extra care & attention yer. Jumpa lagi di post akan datang ;)

Saturday, April 30, 2016

KES 25 - ENCIK NASRULLAH - NAK SEWA SEBAB KENA TINGGAL ISTERI JAUH

Bacaan sebelum : 220
Bacaan selepas : 112

Check up : Klinik Kesihatan Indera Mahkota
Baby Encik Nasrullah done!
Next! ;)

Untuk cerita penuh, sila lawat FB kami di - Sewa Lampu Fototerapi Di Rumah
Like jika membantu
Share jika bermanfaat :)
grin emoticon

Wednesday, April 27, 2016

KES 24 - PUAN IZZA - NURSE CAKAP BAWAH 220 BOLEH OFF LAMPU

Bacaan sebelum : 280
Bacaan selepas : 186

Check up : Klinik Kesihatan Indera Mahkota
Baby Puan Izza done!
Next! 

Sila lawat FB kami di - Sewa Lampu Fototerapi Di Rumah
Like jika membantu
Share jika bermanfaat :)
grin emoticon

KES 23 - ENCIK HAFIZUL - TAKNAK READING TINGGI SANGAT MASA HARI KE 14

Bacaan sebelum : 194
Bacaan selepas : 179

Check up : Klinik Kesihatan Indera Mahkota
Baby Encik Hafizul done!
Next! 

Sila lawat FB kami di - Sewa Lampu Fototerapi Di Rumah
Like jika membantu
Share jika bermanfaat :)
grin emoticon