Wednesday, September 7, 2016

Fototerapi Di Rumah is back! :D

Wah! Maaf..maaf. Hampir 2 bulan tak update apa-apa di page blog ni. Maaf, kami sedang melalui fasa yang sibuk. Kami lebih aktif di Facebook sejak kebelakangan ini. Boleh dikatakan lampu Fototerapi habis disewakan setiap minggu. Terima kasih pada customer yang percaya pada servis kami.

Sejak last update kes Encik Nasrullah tu, sebenarnya kami dah mencecah hampir 80 kes baby yang dirawat melalui HomePhototherapy ni. Entah sempat atau tidak kalau nak update semua kes tu. Insyallah, kami cuba post kes yang sempat kami sharekan.

Bulan September 2016 ini menandakan semakin hampir Blue Spectrum Home Phototherapy akan berusia genap setahun. Insyallah, lebih banyak yang akan kami cuba perbaiki saban tahun. Teruskan menyokong kami.

Moga-moga kami dapat mencecah baby ke 100 masa genap setahun Blue Spectrum pada bulan Disember nanti. Tunggu, tentu ada tawaran dan diskaun special masa tu ;)

Post ni cuma nak beritahu, insyallah selepas pertengahan September ini, blog akan kembali aktif. Jangan lupa klik, like & share page Facebook kami di tepi kanan blog ni yer. Kat situ ada lebih banyak gambar, video dan post berkenaan Jaundice dan servis kami.

Oklah, semoga mama-mama dan baby-baby sihat aje. Papa pula jangan lupa bagi extra care & attention yer. Jumpa lagi di post akan datang ;)

No comments:

Post a Comment