Sunday, September 25, 2016

KES 76 - MSS BING - ON WAKTU SIANG JER TAPI TURUN BANYAK JUGA!


Hi, jumpa lagi.

Post kali ni nak share pasal kes Mss Bing. Jarang dapat Chinese patient. Rasanya Mss Bing ialah Chinese patient yang ketiga. Orang Kemaman, tapi takpe, haritu dah janji kat orang Kemaman, harga sama jer macam orang Kuantan.

1st day on Home Phototherapy reading dlm 260. Sebelum on Phototherapy reading baby dalam 200 jer pastu naik ke 260. Itu yang Mss Bing call nak mintak suruh pasang malam tu juga :D

1st night on Phototherapy baby meragam sikit. Baby macam boleh agak kalau letak bawah lampu jer terus nangis. Kalau bawak kuar dari baby cot, diam pulak :D

Mungkin sebab eyeband, tapi tak sure juga sebab eyeband Mss Bing beli kat luar tak pakai yang kami provide. Jadi, Mss Bing tak letak baby bawah lampu bila malam. Cuma on Phototherapy waktu siang jer.

Tapi oklah, tak on waktu malam, cuma waktu siang jer boleh dapat penurunan yang agak banyak. 2 hari Miss Bing sewa lampu, cuma on waktu siang jer tapi reading turun sebanyak 114 reading.

Tu yang teruja nak share ni, means tak guna banyak jam pun tapi masih turun dengan banyak. Terima kasih pada Mss Bing juga yang pandai jaga baby. Kata Mss Bing, dia banyak breastfeedkan baby. Jadi kencing dan berak pun banyak. Itu pun menyumbang kepada bagaimana SB Jaundice baby boleh turun dengan banyak.

Oklah, sampai sini aje nak cerita. Nanti kalau ada cerita menarik lagi admin share ok.

Nama : Mss Bing
Kawasan : Paya Berenjut, Kemaman
Bacaan sebelum Fototerapi Di Rumah : 260
Bacaan selepas Fototerapi Di Rumah : 146

Yang mana berminat nak tahu lebih lanjut, call jer kami. Jumpa di post akan datang pulak ya.

Salam ;)

 

Friday, September 9, 2016

KES 73 : ENCIK ADZIZUDIN - DUA HARI TURUN 102 BACAAN





Hi! Salam 1Malaysia :D

Hari ini Encik Adzizudin dari Balok, Kuantan off lampu Fototerapi setelah dimaklumkan oleh staff nurse Klinik Kesihatan Jaundis baby beliau dah turun dan tak perlu check up lagi dah.

Sebelum on Fototerapi Di Rumah, reading Jaundis baby Encik Adzizudin dalam 254 macam tu. Selepas Fototerapi Di Rumah, keesokkannya check reading dah drop sehingga 212. Tapi Klinik Kesihatan maklum, kalau bawah 200 baru ok.

Jadi, Encik Adzizudin extend tempoh sewa sehari lagi. Alhamdulillah, reading hari berikutnya turun sehingga 152. Klinik Kesihatan kata tak perlu check amik darah lagi dah.

Selesai kes Encik Adzizudin :D

Sebenarnya masa mula-mula nak pasang lampu Fototerapi Di Rumah ni, kami dapat tahu mak kepada Encik Adzizudin ni merupakan Matron Hospital. Tak pasti samada dah pencen atau masih bertugas. Kemudian , adik ipar beliau juga merupakan seorang nurse di Wad NICU pula. Isteri Encik Adzizudin sendiri juga seorang nurse tapi bahagian Dental lah.

Berdebar juga tengok mereka perhati cara pasang lampu dan dengar apa yang kami ajar. Alhamdulillah, semua bagi kerjasama yang baik :D

Hari ni jugak dapat call dua orang patient yang bertanya tentang harga dan kaedah rawatan Fototerapi Di Rumah ni. Tapi dua orang yang call ni consider as KIV sebab seorang masih ditahan di HTAA, berminat nak sewa sekiranya dapat discharge esok. Nak beraya Haji di rumah katanya :D

Seorang lagi hanya survey-survey harga dan berminat nak tahu bagaimana kaedahnya kalau-kalau beliau berminat dan setuju nak on rawatan Fototerapi Di Rumah ni.

Tak apa, sebarang pertanyaan berkenaan harga atau kaedah rawatan boleh call jer number di atas page blog ni. Insyallah kami cuba bantu beri yang mana terbaik dan sesuai.

Lastly, semoga baby Encik Adzizudin terus sihat jer lepas-lepas ni. Amin :)

Nama : Encik Adzizudin
Kawasan : Balok, Kuantan
Bacaan sebelum Fototerapi Di Rumah : 254
Bacaan selepas Fototerapi Di Rumah : 152

Yang mana berminat nak tahu lebih lanjut, call jer kami. Jumpa di post akan datang pulak ya.

Salam ;)






Wednesday, September 7, 2016

Fototerapi Di Rumah is back! :D

Wah! Maaf..maaf. Hampir 2 bulan tak update apa-apa di page blog ni. Maaf, kami sedang melalui fasa yang sibuk. Kami lebih aktif di Facebook sejak kebelakangan ini. Boleh dikatakan lampu Fototerapi habis disewakan setiap minggu. Terima kasih pada customer yang percaya pada servis kami.

Sejak last update kes Encik Nasrullah tu, sebenarnya kami dah mencecah hampir 80 kes baby yang dirawat melalui HomePhototherapy ni. Entah sempat atau tidak kalau nak update semua kes tu. Insyallah, kami cuba post kes yang sempat kami sharekan.

Bulan September 2016 ini menandakan semakin hampir Blue Spectrum Home Phototherapy akan berusia genap setahun. Insyallah, lebih banyak yang akan kami cuba perbaiki saban tahun. Teruskan menyokong kami.

Moga-moga kami dapat mencecah baby ke 100 masa genap setahun Blue Spectrum pada bulan Disember nanti. Tunggu, tentu ada tawaran dan diskaun special masa tu ;)

Post ni cuma nak beritahu, insyallah selepas pertengahan September ini, blog akan kembali aktif. Jangan lupa klik, like & share page Facebook kami di tepi kanan blog ni yer. Kat situ ada lebih banyak gambar, video dan post berkenaan Jaundice dan servis kami.

Oklah, semoga mama-mama dan baby-baby sihat aje. Papa pula jangan lupa bagi extra care & attention yer. Jumpa lagi di post akan datang ;)