Wednesday, March 22, 2017

PUAN IDA - DARI 280 TURUN KE 141.

Kali ni nak cerita pasal JAUNDICE disebabkan BREASTFEED dan patient kali ialah Puan Ida. Puan Ida ni lepas sewa lampu Fototerapi Di Rumah sehari ada penurunan sebanyak 40mmol/L. Banyak juga kan, tapi normal sebenarnya untuk lampu Fototerapi jenis LED ni. Daripada reading asal 280 turun ke 244. Okey, so far nampak positif.




Tapi nak dijadikan cerita, keesokannya TSB baby Puan Ida naik dari 244 semalam tu kepada 272. Semalam turun 40, hari ni naik pulak 28. Doc beritahu ade kemungkinan Jaundice baby Puan Ida ni adalah daripada breastfeed. Ya, jangan tak tahu, dari susu ibu juga boleh menyumbang kepada Jaundice. Tapi kes ini sangat jarang. 

Sebab itu perlunya follow up check up di KK. Sebab nurse@Doc boleh observe trend Jaundice tu dan bagi the best consultation on how to deal with it. Kami cuma provide servis sewa lampu Fototerapi Di Rumah jer. Advice sikit-sikit dan beritahu macam mana nak manage baby accordingly boleh la, tapi apa-apa patient masih perlu reference dari KK.



Bukan tu jer, Puan Ida ni siap catat pulak bila baby dia poopoo, kencing, berapa lama duduk bawah lampu, pukul berapa on, pukul berapa off. Terbaik sangat lah boleh buat note macam ni. Clear terus, nampak ade management sikit. 


Akhirnya, setelah off breastfeed setelah mendapat nasihat daripada doktor. Result baby Puan Ida turun mendadak dari 272 kepada 187. Penurunan sebanyak 85 sehari! Hampir 100 tu turun reading.




Akhirnya, setelah stop breastfeed dan proper baby management, result final baby Puan Ida dah jadi 141. Puan Ida cakap doktor maklum tu dah normal untuk baby 11day, so dah boleh stop sewa lampu Fototerapi Di Rumah. Yeay! Dari 280 ke 272 kemudian ke 187 dan 141. Total penurunan sebanyak 139! Terbaik kan! Itulah berkesannya lampu LED.




Terharu pulak bila Puan Ida cakap kalau betul-betul ikut guide memang berkesan. Dah ramai yang kami treat dan memang berkesan pun, cuma bila Puan Ida admit yang kami bagi guideline yang betul untuk buat Fototerapi Di Rumah ni kami rasa sangat bangga. Terima kasih Puan Ida atas perkongsian pengalaman sepanjang guna servis sewa Fototerapi Di Rumah dengan kami. 

Eh, lupa nak beritahu. Pada orang Kuantan yang mana penah dengar pasal Aniq Steamboat di Kuantan tu, Puan Ida ni adalah ownernya. Rasanya tempat steamboat paling happening dalam Kuantan ni Aniq Steamboat lah, hari-hari ramai orang full house aje. So, pada yang tak tahu camne rasa steamboat paling happening dalam Kuantan ni, terus ajak geng kumpul 3-4 orang terus pegi Aniq Steamboat ok! 

Ni ha link FB dia https://www.facebook.com/Aniq-Steamboats

Kanak-kanak dan OKU dapat special rate. Kids bawah 5 tahun FREE! Hah! Mana nak cari! Oklah, jumpa di post akan datang yer. Bye :D

Hasil carian imej untuk aniq steamboat kuantan
imej dari : http://homestayfayyadhah.blogspot.my/2015/10/review-tempat-makan-yang-best.html

Hasil carian imej untuk aniq steamboat kuantan
imej dari : http://cloudymonday.blogspot.my/2016/02/restoran-steamboat-di-kuantan.html

Hasil carian imej untuk aniq steamboat kuantan
imej dari : http://www.papaglamz.com/2015/11/makan-sampai-kenyang-di-aniq-steamboat.html

Tuesday, March 21, 2017

PUAN FAIRUZ - DARI 232 KEPADA 121. TURUN 111 DALAM SEHARI!

Hai semua!

Lama juga tak update page Fototerapi Di Rumah ni. Maaf sangat. Admin yang menguruskan blog ni sibuk dengan urusan nak kawin, jadi ada sikit tergendala lah urusan update page. Takpe, ni dah paksa dia supaya on track balik. So lepas ni, page berjalan macam biasa.

Kali ni cerita lain sikit. Sebab biasa cerita pasal result drop dan real testimoni jer kan. Kali ni nak cerita pasal alat sampingan yang membantu untuk diagnose severity Jaundice. 

Transcutaneos Bilirubin Meter nama dia. Brand yang paling popular ialah Bilicheck, Philips dan JM (Jaundice Meter),Draeger. Gambar dia ada pada rujukan.


Kami dapat call dari sorang patient yang tinggal di KL tapi berpantang di Kuantan. Puan Fairuz. Puan Fairuz tanya servis lampu kami ada boleh cek level Bilirubin sekali tak? Kami cakap kami tak provide servis tu, sebab patient masih perlu kena pergi KK untuk check up dan update buku baby. Kami cuma provide service sewa lampu Fototerapi Di Rumah jer. Yang lain masih kena follow up dan continue monitoring dengan KK.

Tapi Puan Fairuz minta tolong sangat supaya kami boleh adakan juga servis tu, Puan Fairuz nak yang jenis scan tu. Bukan yang cucuk-cucuk darah tu. Jadi kami tahulah Puan Fairuz maksudkan Bilirubin Meter.

Sebenarnya jarang patient request macam Puan Fairuz ni. Samada tak tahu atau tak percaya dengan alat kecik tu tak tahulah. Kami andaikan Puan Fairuz tahu sebab beliau tinggal di KL, sebab kalau di sana penggunaan Bilirubin Meter tu lebih open lah. Patient di Kuantan, Pekan, Kemaman setakat yang kami jalankan servis ni belum ada yang tanya pasal tu. Kalau ada pun jarang sangat.

Memandangkan Puan Fairuz insist juga nak guna Bilirubin Meter, kami terpaksa adakan juga lah. Cerita details pasal Bilirubin Meter ni kami ceritakan di post akan datang. 

Jadi, Puan Fairuz sewa lampu Fototerapi Di Rumah macam biasa. Result Puan Fairuz guna Bilirubin Meter. Hasilnya sangat positif. Malah boleh kata sama jer macam cara konvensional. 

Contoh yang biasa bila orang sewa lampu Fototerapi Di Rumah. On lampu 24jam. Esok pegi KK check darah jenis cucuk tu. TSB/Bilirubin akan drop sekitar 30-50.

Puan Fairuz punya ni, sewa lampu Fototerapi Di Rumah macam biasa. Sama juga 24jam on lampu. Esok orang kami datang scan TSB/Bilirubin dapat result drop sekitar 30-50 jugak.

Bezanya no needles used untuk cucuk-cucuk baby sampai lebam dan bengkak. Cuma tap dan scan jer Bilirubin Meter pada certain part of body. Pastu result keluar di display. Senang kan!? :D

Walaubagaimanapun, Bilirubin Meter ni penggunaannya kat Malaysia ni masih tak meluas. Tak tahulah kenapa. Skeptikal mungkin. Itu pun nanti kami akan ceritakan di post akan datang.

Oklah, final result Puan Fairuz dari 232 turun kepada 121. Penurunan sebanyak 111 tu! Guna sehari jer. Banyak pulak turun tu, kalau sewa sehari lagi boleh lah nak test Bilirubin Meter tu lagi. Jarang dapat tengok ada patient request nak guna kan. Antara yang terbanyak juga. Terus stop sewa lampu Fototerapi Di Rumah sebab KK cakap dah tak perlu continue lagi dah.



Baby Puan Fairuz tak perlu kena cucuk-cucuk sampai bengkak dan lebam. Baby tuan/puan pulak macam mana? Kalau kata nak cuba guna Bilirubin Meter, call yer :)

 



Wednesday, March 1, 2017

ENCIK FAIZ - TURUN 52 READING DALAM 1 HARI!


Hai! Nak cter ni, aritu Puan Zaiti nyer kes dah Jaundis baby twin kan. Kali ni masuk lagi kes baru, baby twin juga Encik Faiz! Wah, bulan ni saje dah 2 baby twin on Fototerapi Di Rumah dengan kami. Kena buat special package ni nanti-nanti. Yelah, sebenarnya parent-parent ni kalau boleh nak sewa 2 lampu terus untuk twin. Mana yang kami boleh bantu, kami bantu lah. Insyallah, Fototerapi Di Rumah ni semua orang boleh buat. Kira murah dan special dah rasanya price ni untuk jenis LED ni.

Eh, panjang pulak borak pasal tu. OK, cter En Faiz ni begini. Baby beliau memang twin, dua-dua Jaundis. Cuma sorang lagi dah kena admit HTAA. Bagi mengelakkan baby 2nd pulak admit, tu yang En Faiz pikir nak sewa lampu jer dan buat Fototerapi Di Rumah. Kesian katanya baby duk jauh-jauh, mak duk umah. Kena datang ulang alik bagi susu. Jauh juga tempat tinggal En Faiz ni kalau ikutkan. Tu yang sorang ni lagi ni En Faiz nak sewa lampu dan buat Fototerapi Di Rumah jer.

Alhamdulillah, lepas on satu malam, drop lah dalam 52 reading. Ok lah tu. Lampu Fototerapi Di Rumah ni memang biasa dah drop range tu. So, memandangkan 272 ke 220 tu belum lagi ke safe level Jaundis (normally below 200 baru dikira safe) jadi Encik Faiz extend lagi sewa sehari.

Alhamdulillah lagi, hari kedua Doc cakap tak perlu duduk bawah lampu dah. Dah bleh discharge dan stop guna lampu Fototerapi Di Rumah. Lega lah, tinggal sorang lagi lah twin kat HTAA tu Jaundis belum ok lagi. Dah beritahu pada Encik Faiz kalau nak sewa lagi untuk baby twin beliau sorang lagi tu kami standby jer servis Fototerapi Di Rumah bila-bila masa.

Ok lah, nanti ada cter baru kita jumpa lagi k. Tak tahu lah next time kot ada cter baby twin lagi pulak ke kan. He, ok..BBye :D