Lama juga tak update page Fototerapi Di Rumah ni. Maaf sangat. Admin yang menguruskan blog ni sibuk dengan urusan nak kawin, jadi ada sikit tergendala lah urusan update page. Takpe, ni dah paksa dia supaya on track balik. So lepas ni, page berjalan macam biasa.
Kali ni cerita lain sikit. Sebab biasa cerita pasal result drop dan real testimoni jer kan. Kali ni nak cerita pasal alat sampingan yang membantu untuk diagnose severity Jaundice.
Transcutaneos Bilirubin Meter nama dia. Brand yang paling popular ialah Bilicheck, Philips dan JM (Jaundice Meter),Draeger. Gambar dia ada pada rujukan.
Kami dapat call dari sorang patient yang tinggal di KL tapi berpantang di Kuantan. Puan Fairuz. Puan Fairuz tanya servis lampu kami ada boleh cek level Bilirubin sekali tak? Kami cakap kami tak provide servis tu, sebab patient masih perlu kena pergi KK untuk check up dan update buku baby. Kami cuma provide service sewa lampu Fototerapi Di Rumah jer. Yang lain masih kena follow up dan continue monitoring dengan KK.
Tapi Puan Fairuz minta tolong sangat supaya kami boleh adakan juga servis tu, Puan Fairuz nak yang jenis scan tu. Bukan yang cucuk-cucuk darah tu. Jadi kami tahulah Puan Fairuz maksudkan Bilirubin Meter.
Sebenarnya jarang patient request macam Puan Fairuz ni. Samada tak tahu atau tak percaya dengan alat kecik tu tak tahulah. Kami andaikan Puan Fairuz tahu sebab beliau tinggal di KL, sebab kalau di sana penggunaan Bilirubin Meter tu lebih open lah. Patient di Kuantan, Pekan, Kemaman setakat yang kami jalankan servis ni belum ada yang tanya pasal tu. Kalau ada pun jarang sangat.
Memandangkan Puan Fairuz insist juga nak guna Bilirubin Meter, kami terpaksa adakan juga lah. Cerita details pasal Bilirubin Meter ni kami ceritakan di post akan datang.
Jadi, Puan Fairuz sewa lampu Fototerapi Di Rumah macam biasa. Result Puan Fairuz guna Bilirubin Meter. Hasilnya sangat positif. Malah boleh kata sama jer macam cara konvensional.
Contoh yang biasa bila orang sewa lampu Fototerapi Di Rumah. On lampu 24jam. Esok pegi KK check darah jenis cucuk tu. TSB/Bilirubin akan drop sekitar 30-50.
Puan Fairuz punya ni, sewa lampu Fototerapi Di Rumah macam biasa. Sama juga 24jam on lampu. Esok orang kami datang scan TSB/Bilirubin dapat result drop sekitar 30-50 jugak.
Bezanya no needles used untuk cucuk-cucuk baby sampai lebam dan bengkak. Cuma tap dan scan jer Bilirubin Meter pada certain part of body. Pastu result keluar di display. Senang kan!? :D
Walaubagaimanapun, Bilirubin Meter ni penggunaannya kat Malaysia ni masih tak meluas. Tak tahulah kenapa. Skeptikal mungkin. Itu pun nanti kami akan ceritakan di post akan datang.
Oklah, final result Puan Fairuz dari 232 turun kepada 121. Penurunan sebanyak 111 tu! Guna sehari jer. Banyak pulak turun tu, kalau sewa sehari lagi boleh lah nak test Bilirubin Meter tu lagi. Jarang dapat tengok ada patient request nak guna kan. Antara yang terbanyak juga. Terus stop sewa lampu Fototerapi Di Rumah sebab KK cakap dah tak perlu continue lagi dah.
Baby Puan Fairuz tak perlu kena cucuk-cucuk sampai bengkak dan lebam. Baby tuan/puan pulak macam mana? Kalau kata nak cuba guna Bilirubin Meter, call yer :)




No comments:
Post a Comment