Salam semua. Hai, jumpa lagi! Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan peluang untuk beri servis sewa Fototerapi Di Rumah sepanjang bulan puasa ni.
Baru-baru ni Puan Noor selamat bersalin melalui prosedur Caesarean. Jadi, ada sedikit kesukaran untuk bergerak kemana-mana dengan selesa berbanding mereka yang bersalin secara normal. Kebetulan pula baby Puan Noor Jaundice pula. Memang sakit dan menyeksakan kalau baby kena admit baby di hospital dan perlu jaga sendiri tanpa ada bantuan ahli keluarga yang lain di hospital.
Jadi Puan Noor fikir lebih mudah kalau merawat baby Jaundice boleh dilakukan di rumah. Ramai ahli keluarga boleh bantu. Maka, Puan Noor pun sewa lah servis Fototerapi Di Rumah dengan kami :D
Sebelum ni baby Puan Noor dah pernah kena admit, ada penurunan, tapi tak banyak sangat. Cukuplah untuk discarge. Cuma bila discharge dengan reading yang sebenarnya belum safe level, ada risiko untuk reading TSB baby naik lagi. Lepas tu kena admit lagi, Dah jadi berulang kali kena admit pulak. Itu yang penat tu! :)
Reading Jaundice baby Puan Noor semasa discharge tidaklah tinggi, tapi masih perlu kena check up dan update resultnya. Tapi sekiranya naik lagi baby Puan Noor kena admit juga. Sebelum jadi macam tu, Puan Noor fikir baiklah cegah dulu. Betul tindakan Puan Noor tu.
Jadi, daripada reading 193 pada hari sebelum sewa lampu Fototerapi Di Rumah, reading terkini TSB baby Puan Noor dah jadi 123. Dah rendah dah tu, tapi kata KK masih perlu check up selagi tidak dibawah paras 100.
Tapi, 2 hari lepas tu Puan Noor maklum yang baby beliau dah bebas Jaundice. Alhamdulillah, seronok dengar! Lega rasa dapat bantu ringankan urusan Puan Noor berpantang dalam keadaan lepas Caesar dan baby beliau yang tak perlu admit hospital dah.
Puan Noor dah cuba servis Fototerapi Di Rumah dengan kami. Anda pula? :)