Friday, June 9, 2017

PUAN LAILA - DARI 203 TURUN KEPADA 162!


Salam Ramadhan lagi semua! :D

Nak cerita kes bulan puasa lagi. Kali ni kes Puan Laila yang sudi guna servis sewa lampu Fototerapi Di Rumah dengan kami.

Sepanjang bulan puasa ni, semua kes yang kami dapat setakat ni kebanyakkan kerja-kerja penghantaran dan pemasangan dilakukan di waktu malam. Rasanya belum lagi terima kes siang sepanjang bulan puasa ni. 

Kes Puan Laila pun macam tu juga. Kami maklum akan sampai sekitar jam 9.30 malam macam tu. Sampai-sampai jer Puan Laila dan suami dah ready. Kami buat pemasangan dan penerangan macam biasa tentang cara-cara penggunaan lampu Fototerapi Di Rumah dan kaedah-kaedah jaga baby sepanjang di bawah rawatan.

Masa borak-borak tu baru kami perasan Puan Laila ni pakai jaket tulis O&G. Untuk yang bekerja dalam bidang kesihatan terutamanya hospital mesti tahu O&G ni apa. Obstetric & Gynaecology. Bukan Oil & Gas yer. Rupanya Puan Laila ni staff bahagian O&G di salah sebuah hospital swasta disini.

Alhamdulillah, Puan Laila percaya dan yakin dengan servis kami. Besar hati kami staff hospital guna servis sewa lampu Fototerapi Di Rumah kami ni. 

Puan Laila sewa sehari jer. Nak turunkan result TSB ke paras bawah 200 katanya. Alhamdulillah berjaya. Turun 41 reading dalam tak sampai 12 jam. Yelah, kami pasang malam jam 10 malam macam tu. Esoknya pukul 9 pagi dah kena check reading baby. Ada masa 11 jam, gap masa begitu tolak kencing berak dan minum susu selang 1-2 jam cuma tinggal berapa jam jer. Tapi masih dapat beri result yang sangat baik!

Puan Laila dah turunkan result TSB baby beliau sebanyak 41 reading sehari. Tuan/Puan pula bagaimana? :)






No comments:

Post a Comment