"NANTI AKAK SHARE SERVIS NI DI KAWASAN AKAK, AKAK NI KRT"
Aha, amboi. Promising betul kata-kata Puan Murniey ni. Berbunga hati kami dengar.
DARI 240 KE 176. Tak sampai 12 jam baby Puan Murniey duduk bawah lampu boleh turun 64 reading Bilirubin. Banyak tu.
Macam mana kami kata tak sampai 12 jam? Sebab kami buat pemasangan waktu malam di rumah Puan Murniey jam 9 malam, esoknya jam 8 pagi Puan Murniey dah pegi check up Bilirubin.
Tolak selang 1-2 jam untuk baby menyusu dan beberapa jam lagi untuk bersihkan poopoo, tinggal berapa jam jer sebenarnya duduk bawah lampu sebelum pegi check up.
Sebenarnya Puan Murniey risik risik servis kami sejak beliau dari dalam wad lagi. Masa tu beliau dan baby masih ditahan dan belum boleh balik lagi atas sebab-sebab medical yang lain.
Selang 2 hari selepas tu, Puan Murniey maklum pada kami yang beliau nak continue buat Fototerapi Di Rumah. Sebabnya, walaupun sudah dibenarkan balik, tapi reading baby masih tinggi sebenarnya. Selagi masih kena check up daily di KK, reading Bilirubin baby masih dikira tinggi.
Alhamdulillah, Puan Murniey menggunakan servis kami dan reading Bilirubin baby pun dapat turun banyak.
Puan Murniey juga ada beritahu sepertimana dalam screenshot perbualan kami tu yang baby beliau tido lebih lena sebab tak diganggu oleh tangisan baby lain sepanjang seperti ni nursery hospital tempoh hari. Bila tido lena, jadi baby dapat duduk lebih lama dan rawatan Fototerapi jadi lebih efektif.
Alhamdulillah, semoga kami boleh bantu lebih ramai lagi orang disekeliling Puan Murniey dan anda juga.
Semoga bermanfaat. Amin.
No comments:
Post a Comment