Friday, November 17, 2017

MEMO MUSIM HUJAN


Musim tengkujuh dah bermula di Pantai Timur. Lately asyik hujan jer sebelah petang sampai ke malam. 

Tapi kami tetap beroperasi macam biasa. Waktu penghantaran adalah selepas solat Zohor dari jam 2.00 hingga ke 4.30 petang. Lepas tu kami rehat sekejap sebab jam 5.00 ke 6.30 petang adalah waktu puncak jalan jem. Waktu malam pula adalah dari jam 8.00 sehingga 9.00 malam.

Tapi sepanjang musim tengkujuh ni, harapnya semua penghantaran dan pemasangan dapat dilakukan pada waktu siang sahaja. Atau pada waktu tak hujan. Kalau ada permintaan untuk buat pemasangan pada waktu hujan, kami memohon jasa baik untuk menangguhkan masa penghantaran ke masa yang lebih sesuai.

Operasi penghantaran akan dihentikan sekiranya banjir melanda atau hujan yang terlampau lebat pada hari tersebut.

Pihak Team FDR ingin mengucapkan berhati-hati di musim tengkujuh ini, sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan jaga kesihatan diri dan keluarga. Semoga kita dijauhkan dari kesulitan dan kemudaratan. Amin.

Harap maklum.

Admin Team FDR.

No comments:

Post a Comment