Tuesday, March 12, 2019

RECOMMENDATION UNTUK SERVIS FOTOTERAPI DI RUMAH


Bersemangat kami bila Doctor sendiri recommend servis Fototerapi Di Rumah kami. Kami tidak pernah mencuri pesakit dari hospital atau meyakinkan pesakit supaya keluar dari hospital dan cuba kaedah Fototerapi Di Rumah kami. Jika reading melebihi safe level atau high risk memang kami tak terima. Biasanya kes yang border-border sahaja.

Selama ini kami cuma share kebanyakkan kes-kes yang berjaya kami bantu dalam menurunkan reading Jaundis. Lebih baik guna kaedah yang terbukti digunakan dalam medical berbanding dengan mencuba petua-petua yang adakalanya tidak bersesuaian malah adakalanya pelik dan tidak relevan pun ada. Sudahlah tidak patuh untuk admit cuba pulak petua-petua yang meragukan.

Sekiranya bersesuaian dengan kepercayaan dan kemampuan boleh cuba servis Fototerapi Di Rumah dari kami Team FDR :)

Semoga tahun 2019 kami dapat terus bantu lebih ramai lagi parent-parent yang memerlukan.

1 comment: