Monday, September 25, 2017

BORAK-BORAK : DAPAT SURAT ADMIT TAPI TAK PEGI

"Hospital tak MARAH ke kalau kita tak pegi lepas dapat surat admit?"

Ini adalah soalan yang biasa ditanyakan kepada kami bila parent semua dah buat keputusan untuk tak mahu admit, tapi dalam hati sebenarnya masih ragu-ragu. Boleh ke tak eh?

Sebenarnya pihak hospital tentulah marah, walaupun nurse di KK ada yang garang-garang dan kadang kadang kedengaran bunyinya macam nak pressure dan gertak kita, tapi sebenarnya mereka hanya menjalankan tugas dan follow S.O.P.

Mereka hanya mengutamakan keselamatan bayi dan ibu sahaja. Itu priority. Mereka dilabel garang atau kaki psycho itu nombor dua. Yang penting baby.

Ya lah, contohnya kalau kuning tinggi level 320. Kadang kadang ada parent yang masih tidak mahu admit, katanya anak dah ramai sebelum ni pun 300 lebih juga, ok jer. Sebenarnya bahaya minded begitu. Setiap anak punya level tolerance dan resistance Jaundice yang berbeza. Walaupun ada ramai parent yang kata,

"Anak saya semua Jaundice lama, dah biasa tu"
"Anak saya semua 300 lebih Jaudice, ok jer"

Itu bukanlah sebab untuk kita ambil mudah atas dasar dah berpengalaman. Seperti yang kami kongsikan tadi, setiap baby punya tolerance dan resistance yang berbeza. Ada baby yang naik cepat, ada yang naik tiba-tiba banyak, ada yang apabila duduk di bawah lampu Fototerapi tapi penurunannya lambat.

Soalnya sekarang, ramai yang bila dapat surat kena admit ke hospital, tapi tak pergi sebaliknya apabila sampai di rumah TIDAK BERBUAT APA-APA!

Ok, ada yang kata nak cuba petua tradisional. Sebenarnya hanya segelintir yang berjaya dan tidak semua baby sesuai dengan method begitu. Kami pernah berbual dengan bekas customer, katanya dulu anak-anaknya kalau Jaundice semua bagi minum air anggur hitam sikit dah ok. Anak yang kemudian- kemudian bila bagi anggur hitam jadi naik makin tinggi pulak. Pening bukan?

Apabila tak admit ke hospital, balik ke rumah, cuba pelbagai cara lain atau langsung tak buat apa-apa. Esoknya bila Jaundice anak makin tinggi, itulah yang menjadikan hospital atau KK lebih marah. Kesian pulak. Lepas-lepas bersalin kena marah pulak. Tapi begitulah keadaannya.

Pada pandangan kami, kalau rasa admit ke hospital begitu membebankan dan melecehkan. Yelah, setiap orang pandangannya berbeza- beza. Ada yang tak selesa terlalu ramai orang, payah nak berulang alik, cuma mak jer boleh tinggal ayah tak boleh, bising, sempit, mahal (bagi admission ke hospital swasta) dan bermacam sebab lagi.

Kalau berminat nak cuba rawatan Fototerapi Di Rumah boleh halo team kami. Insyallah kita cuba cara yang dilakukan di hospital tapi kita buat di rumah. Alhamdulillah, setakat ni dah ramai yang kami bantu. Moga-moga dapat bantu anda juga. Semoga bermanfaat! ;)


terus klik link Whatsapp kami untuk respon lebih pantas.

Wednesday, September 20, 2017

CIPLAK/PLAGIAT. WHATEVER IT IS. STOP IT!


Baru-baru ni kami terperasan ada pihak tidak bertanggungjawab menciplak tulisan blog kami/team FDR Senawang yang menyiarkan di blog/wall dan page mereka tanpa sebarang kebenaran bertulis mahupun lisan dari pihak kami.

Kepada pihak tidak bertanggungjawab tersebut, sekiranya terbaca post ini diharap memadam tulisan-tulisan yang telah diciplak tersebut atas dasar integriti penulisan.

Kami tidak bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan setakat ini atas dasar masih bertolak ansur diatas kerja-kerja tidak sopan ini.

Sebelum ini, ada juga gambar-gambar dari blog/fb Fototerapi Di Rumah yang diambil dan diguna tanpa kebenaran. Mohon pihak tidak bertanggungjawab tersebut memadamkannya juga atas dasar originality sekiranya masih ada digunakan untuk tujuan berkepentingan pihak anda.

Tidak kira samada pihak tersebut merupakan pihak yang menjalankan servis Fototerapi Di Rumah yang serupa dengan pihak Team FDR atau hanya sekadar page yang memberi info-info berkenaan kesihatan. Makluman ini adalah untuk semua yang berkenaan.

Sekiranya tulisan kami bermanfaat untuk dikongsi, apalah salahnya disertakan kredit bagi penulis atau blog berkenaan. Kami bukannya ada meminta sejumlah bayaran. Jadi, sila kekalkan profesionalisme, integrity dan orginality dalam penulisan.

Selepas ini, masih ada ruang bertolak ansur sekiranya sebarang copy paste tulisan/gambar kami dilakukan dengan cara terhormat.

Sekian, harap maklum.

MAKLUMAN - CUTI 2 BULAN


Assalamualaikum, apa khabar mommy and daddy semua. Maaf, blog Fototerapi Di Rumah agak lama sepi tanpa sebarang sharing kes atau apa-apa makluman, mahupun contest.
Sebenarnya beberapa bulan lepas, big boss baru saje kawin. Kira macam cuti kawin lah. 

Cuma lama jugak lah cutinya. Dekat 2 bulan juga. Bila big boss cuti, beliau kata kami pun boleh cuti juga, yahoo!! Tapi Team FDR Senawang dan KL jalan jer macam biasa. 

Jadi rasanya dah sampai masanya untuk team FDR Kuantan aktif semula. Lama sangat dah ni cuti. Dah macam cuti lepas bersalin pulak lamanya :D

Beribu-ribu ampun dan maaf pada semua customer yang berminat mendapatkan servis dari Fototerapi Di Rumah dari Team FDR Kuantan sepanjang 2 bulan lepas sekiranya kami tidak dapat memberikan khidmat kami yang terbaik seperti biasa kerana team kami sedang bercuti.

Sebelum tu ada sedikit makluman. Team FDR Kuantan dah ada newcomer dalam team kami. Kami ada tambahan 2 orang untuk bantu kami bagi servis Fototerapi Di Rumah yang lebih baik bagi mommy , daddy dan baby semua.

Insyallah tahun 2018 nanti servis sewaan khidmat Fototerapi Di Rumah akan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya dengan adanya team yang lebih besar ni.

Rasanya start hujung minggu ni (24 September 2017) servis sewaan khidmat Fototerapi Di Rumah akan bermula kembali seperti biasa. Tapi kalau nak call start hari ni pun boleh juga. 

Jumpa lagi ya! Semoga dapat membantu :D

Terus klik link Whatsapp kami untuk respon lebih pantas.
www.wasap.my/60195381612/Hi+Team+FDR+Kuantan