Baru-baru ni kami terperasan ada pihak tidak bertanggungjawab
menciplak tulisan blog kami/team FDR Senawang yang menyiarkan di blog/wall dan
page mereka tanpa sebarang kebenaran bertulis mahupun lisan dari pihak kami.
Kepada pihak tidak bertanggungjawab tersebut, sekiranya
terbaca post ini diharap memadam tulisan-tulisan yang telah diciplak tersebut
atas dasar integriti penulisan.
Kami tidak bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan
setakat ini atas dasar masih bertolak ansur diatas kerja-kerja tidak sopan ini.
Sebelum ini, ada juga gambar-gambar dari blog/fb Fototerapi
Di Rumah yang diambil dan diguna tanpa kebenaran. Mohon pihak tidak
bertanggungjawab tersebut memadamkannya juga atas dasar originality sekiranya
masih ada digunakan untuk tujuan berkepentingan pihak anda.
Tidak kira samada pihak tersebut merupakan pihak yang menjalankan
servis Fototerapi Di Rumah yang serupa dengan pihak Team FDR atau hanya sekadar
page yang memberi info-info berkenaan kesihatan. Makluman ini adalah untuk
semua yang berkenaan.
Sekiranya tulisan kami bermanfaat untuk dikongsi, apalah
salahnya disertakan kredit bagi penulis atau blog berkenaan. Kami bukannya ada
meminta sejumlah bayaran. Jadi, sila kekalkan profesionalisme, integrity dan
orginality dalam penulisan.
Selepas ini, masih ada ruang bertolak ansur sekiranya sebarang
copy paste tulisan/gambar kami dilakukan dengan cara terhormat.
Sekian, harap maklum.
No comments:
Post a Comment