Wednesday, September 20, 2017

MAKLUMAN - CUTI 2 BULAN


Assalamualaikum, apa khabar mommy and daddy semua. Maaf, blog Fototerapi Di Rumah agak lama sepi tanpa sebarang sharing kes atau apa-apa makluman, mahupun contest.
Sebenarnya beberapa bulan lepas, big boss baru saje kawin. Kira macam cuti kawin lah. 

Cuma lama jugak lah cutinya. Dekat 2 bulan juga. Bila big boss cuti, beliau kata kami pun boleh cuti juga, yahoo!! Tapi Team FDR Senawang dan KL jalan jer macam biasa. 

Jadi rasanya dah sampai masanya untuk team FDR Kuantan aktif semula. Lama sangat dah ni cuti. Dah macam cuti lepas bersalin pulak lamanya :D

Beribu-ribu ampun dan maaf pada semua customer yang berminat mendapatkan servis dari Fototerapi Di Rumah dari Team FDR Kuantan sepanjang 2 bulan lepas sekiranya kami tidak dapat memberikan khidmat kami yang terbaik seperti biasa kerana team kami sedang bercuti.

Sebelum tu ada sedikit makluman. Team FDR Kuantan dah ada newcomer dalam team kami. Kami ada tambahan 2 orang untuk bantu kami bagi servis Fototerapi Di Rumah yang lebih baik bagi mommy , daddy dan baby semua.

Insyallah tahun 2018 nanti servis sewaan khidmat Fototerapi Di Rumah akan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya dengan adanya team yang lebih besar ni.

Rasanya start hujung minggu ni (24 September 2017) servis sewaan khidmat Fototerapi Di Rumah akan bermula kembali seperti biasa. Tapi kalau nak call start hari ni pun boleh juga. 

Jumpa lagi ya! Semoga dapat membantu :D

Terus klik link Whatsapp kami untuk respon lebih pantas.
www.wasap.my/60195381612/Hi+Team+FDR+Kuantan


No comments:

Post a Comment