Monday, September 25, 2017

BORAK-BORAK : DAPAT SURAT ADMIT TAPI TAK PEGI

"Hospital tak MARAH ke kalau kita tak pegi lepas dapat surat admit?"

Ini adalah soalan yang biasa ditanyakan kepada kami bila parent semua dah buat keputusan untuk tak mahu admit, tapi dalam hati sebenarnya masih ragu-ragu. Boleh ke tak eh?

Sebenarnya pihak hospital tentulah marah, walaupun nurse di KK ada yang garang-garang dan kadang kadang kedengaran bunyinya macam nak pressure dan gertak kita, tapi sebenarnya mereka hanya menjalankan tugas dan follow S.O.P.

Mereka hanya mengutamakan keselamatan bayi dan ibu sahaja. Itu priority. Mereka dilabel garang atau kaki psycho itu nombor dua. Yang penting baby.

Ya lah, contohnya kalau kuning tinggi level 320. Kadang kadang ada parent yang masih tidak mahu admit, katanya anak dah ramai sebelum ni pun 300 lebih juga, ok jer. Sebenarnya bahaya minded begitu. Setiap anak punya level tolerance dan resistance Jaundice yang berbeza. Walaupun ada ramai parent yang kata,

"Anak saya semua Jaundice lama, dah biasa tu"
"Anak saya semua 300 lebih Jaudice, ok jer"

Itu bukanlah sebab untuk kita ambil mudah atas dasar dah berpengalaman. Seperti yang kami kongsikan tadi, setiap baby punya tolerance dan resistance yang berbeza. Ada baby yang naik cepat, ada yang naik tiba-tiba banyak, ada yang apabila duduk di bawah lampu Fototerapi tapi penurunannya lambat.

Soalnya sekarang, ramai yang bila dapat surat kena admit ke hospital, tapi tak pergi sebaliknya apabila sampai di rumah TIDAK BERBUAT APA-APA!

Ok, ada yang kata nak cuba petua tradisional. Sebenarnya hanya segelintir yang berjaya dan tidak semua baby sesuai dengan method begitu. Kami pernah berbual dengan bekas customer, katanya dulu anak-anaknya kalau Jaundice semua bagi minum air anggur hitam sikit dah ok. Anak yang kemudian- kemudian bila bagi anggur hitam jadi naik makin tinggi pulak. Pening bukan?

Apabila tak admit ke hospital, balik ke rumah, cuba pelbagai cara lain atau langsung tak buat apa-apa. Esoknya bila Jaundice anak makin tinggi, itulah yang menjadikan hospital atau KK lebih marah. Kesian pulak. Lepas-lepas bersalin kena marah pulak. Tapi begitulah keadaannya.

Pada pandangan kami, kalau rasa admit ke hospital begitu membebankan dan melecehkan. Yelah, setiap orang pandangannya berbeza- beza. Ada yang tak selesa terlalu ramai orang, payah nak berulang alik, cuma mak jer boleh tinggal ayah tak boleh, bising, sempit, mahal (bagi admission ke hospital swasta) dan bermacam sebab lagi.

Kalau berminat nak cuba rawatan Fototerapi Di Rumah boleh halo team kami. Insyallah kita cuba cara yang dilakukan di hospital tapi kita buat di rumah. Alhamdulillah, setakat ni dah ramai yang kami bantu. Moga-moga dapat bantu anda juga. Semoga bermanfaat! ;)


terus klik link Whatsapp kami untuk respon lebih pantas.

No comments:

Post a Comment