Thursday, October 26, 2017

PUAN TEH - DARI 205 KE 135. TURUN 70 READING DALAM 2 HARI!



Hi! Jumpa lagi kita di entry seterusnya. Laju pulak menaip entry baru. Sementara lampu semua ada orang sewa, eloklah menulis entry. Nanti sibuk pula urusan nak menghantar kesana sini.

Kali ni cerita tentang Puan Teh yang nak sewa lampu sebab baby sebelum ni pernah admit dah selama 3 hari di hospital. Tapi bila dah balik, Jaundice makin menaik dan kalau esok terus naik ada can nak kena admit semula ni. Penat dah kata Puan Teh kalau nak kena admit lagi.

Tambahan pula baby Puan Teh adalah baby prem. Jadi tempoh pemantauan Jaundice adalah selama 21 hari berbanding 14 hari bagi baby yang lahir cukup bulan. Jadi, panjang lagi tempoh tu kalau nak kena admit berkali kali. Haish.

Rupanya baby Puan Teh ada sedikit Oral Trush kata doktor. Itu yang menyebabkan baby kurang menyusu dan kurang berak. Sedikit sebanyak menyumbang kepada faktor kenaikan reading Jaundice baby. Harapnya dengan penggunaan lampu Fototerapi Di Rumah ni bolehlah bantu baby turunkan reading Bilirubinnya.


Alhamdulillah, dalam masa 2 hari, reading Bilirubin baby Puan Teh menurun dari 205 ke 135. Sikit lagi nak dikira bebas Jaundis. Biasanya bebas Jaundis ni reading Bilirubin mestilah dalam 80-100. Takpelah, harapnya nanti boleh turun dengan sendiri lah tanpa lampu Fototerapi Di Rumah pun mudah mudahan, Amin.


Seronok dapat bantu Puan Teh turunkan reading Bilirubin sehingga ke paras serendah tu. Moga kami dapat bantu yang lain juga. Kalau ada apa apa pertanyaan berkenaan Fototerapi Di Rumah. Whatsapp jer link di bawah yer. Semoga bermanfaat, aminnnn :)

Terus klik link Whatsapp kami untuk respon lebih pantas.
www.wasap.my/60195381612/Hi+Team+FDR+Kuantan


PUAN IDAYA - DARI 234 KE 173. TURUN 61 READING DALAM 2 HARI!


Hai! semua, jumpa lagi dalam entry seterusnya. Kali ni nak story sikit pasal Puan Idaya. Eh, kalau perasan rasany kerap pulak patient nama Hidayah ni. Minggu lepas rasanya kami share pasal Puan Zatil Hidayah. Sebelum sebelum tu pun rasanya ada juga nama Hidayah. Moga dimudahkan urusan lah pada ibu ibu yang nama Hidayah kat luar sana yer. Aminnnnnn.

Cerita kali ni straight forward jer. Puan Idaya berminat nak cuba khidmat Fototerapi Di Rumah ni sebelum baby betul-betul kena admit. Borderline dah kata Puan Idaya, reading baby 234. 240 kena admit katanya. Jadi kami pun buat pemasangan dan ajar cara menggunkan lampu Fototerapi dan bagaimana nak manage baby sepanjang berada di bawah lampu.

Pada hari pertama reading turun dari 234 kepada 208. Mulanya Puan Idaya kata sikitnya turun jadi nak sewa sehari jer lah, aha, tapi sebenarnya normal lah tu penurunan sebanyak 20-30 reading sehari. Memang betul ada kes boleh catat penurunan dalam 50-80 sehari, tapi sebenarnya keadaan itu berbeza bagi setiap bayi. Pada kami turun 20-30 tu ok dah tu. Jadi kami cadangkan agar biarlah reading bawah 200 dulu kalau nak off. Sebab selagi atas pada 200, reading tu tidaklah dikira rendah lagi sebenarnya. Puan Idaya pun setuju untuk continue sewa lagi sehari.


Alhamdulillah, lepas extend lagi sehari sewa, reading dah drop bawah 200, dah jadi 173. Jadi tak perlu datang check up hari hari dah. Selang 3 hari pulak. Hopefully, lagi 3 hari reading baby tak lah naik lagi. Mintak mintak turun lah walaupun sedikit. Amiinnnnn.


Lega dapat bantu Puan Idaya turunkan reading Jaundice. Semoga baby cepat sembuh dan tak perlu amik amik darah lagi. Harap dapat bantu lebih ramai lagi macam Puan Idaya. Ada apa nak tanya pasal Fototerapi Di Rumah? Whatsapp jer link kat bawah ni k. Semoga bermanfaat. Insyallah :)

Terus klik link Whatsapp kami untuk respon lebih pantas.
www.wasap.my/60195381612/Hi+Team+FDR+Kuantan

Tuesday, October 17, 2017

PUAN ZATIL - DARI 238 KE 188. TURUN 50 DALAM SEHARI!

Ini satu cerita yang menarik untuk diceritakan. Agak sensitif sebenarnya tapi kami cuba ceritakan supaya tonenya tak menyalahkan mana-mana pihak. Mungkin di post akan datang akan dipanjangkan lagi cerita mengenai post ni supaya lebih spesific pada part yang perlu tu.

Ceritanya begini, Puan Zatil cadangnya nak sewa sehari jer. Asalnya sebab taknak admit ke hospital. Kata Puan Zatil, pakciknya seorang doktor. Pakciknya itulah yang mencadangkan supaya sewa jer lampu Fototerapi Di Rumah ni, at least untuk sehari untuk tengok progressnya bagaimana.

Jadi Puan Zatil pun call kami Team FDR Kuantan untuk buat pemasangan. Alhamdulillah, semasa sesi demo tu, baby Puan Zatil okey jer tak meragam pun bila dipakaikan eyeband. Petanda baby akan selesa lah tu dengan rawatan Fototerapi Di Rumah. 

Alhamdulillah, malamnya pula bila ditanya tentang berapa jam baby bleh duduk bawah lampu, Puan Zatil kata baby boleh duduk lama. Alhamdulillah, bagus, baby tak meragam, boleh duduk lama pulak bawah lampu, insyallah boleh turun banyak.

Keesokannya, Puan Zatil call. Katanya baru lepas check up di KK. Reading tak turun. Sebaliknya menaik, dari 238 ke 239. Nampak macam naik 1 bacaan kan, tapi pada kami tak best lah sebabnya dah duduk bawah lampu sekurang-kurangnya bacaan ada lah sikit penurunan. Semalam pun katanya baby dapat duduk bawah lampu Fototerapi lama juga. Kami pun mencadangkan agar Puan Zatil akur sahajalah. Mungkin Jaundice rebound. 


Pihak KK kata baby Puan Zatil kena admit juga, sebab bacaan semalam tak berubah. Akur dengan nasihat KK, Puan Zatil dan suami pun menurut sahaja. Disebabkan di Hospital Kuantan macam terlalu crowded, Puan Zatil fikir nak cuba admit di Hospital Pekan lah. Perjalanan dalam 45 minit juga tu.

Apabila disaring dan diuji di Hospital Pekan, result Jaundice baby Puan Zatil jadi 188 pulak. Daripada 238 kepada 188. Dalam 50 ralat bacaan tu. Hospital Pekan mencadangkan agar baby tak perlu admit dan boleh balik dulu. Pening jadi Puan Zatil dan suami. Mana satu bacaan yang betul ni. Tapi sebab doktor disana pun kata okey dan boleh balik, so Puan Zatil dan suami pun balik semula ke Kuatan. Kesian juga lah, tapi sekurang-kurangnya dah tahu yang reading Jaundice baby dah tak meningkat ke tahap yang lebih high risk atau severe.


Sebenarnya, kes seperti baby Puan Zatil ni pernah jer berlaku, tidaklah kerap, tapi ada. Sebelum ini ada yang mengadu pada kami yang pada hari-hari tertentu, bacaan Bilirubin semua baby jadi sama jer. Nanti kami akan minta Encik Hafez selaku Biomedical Engineer kami ulas kenapa boleh jadi begitu pada post akan datang.

Jadi, kami anggap penurunan Bilirubin Puan Zatil adalah dari 238 ke 188 berdasarkan ralat bacaan tadi. Alhamdulillah, tak perlu kena admit lah buat sementara waktu selagi bacaan tidak reach pada admission level. Semoga reading baby Puan Zatil terus turun dan tak perlu pening-pening lagi lah menghadapi masalah baby Jaundice atau masalah reading tak betul ni.

Harap kami dapat bantu lebih ramai lagi parent seperti Puan Zatil dan suami merawat low/mild risk Jaundice menggunakan servis Fototerapi Di Rumah. Semoga jumpa lagi. 

Terus klik link Whatsapp kami untuk respon lebih pantas.
www.wasap.my/60195381612/Hi+Team+FDR+Kuantan

Tuesday, October 3, 2017

ENCIK AZFAR - DARI 210 KE 150.TURUN 60 READING.


Ini cerita tentang Encik Azfar dari KL. Encik Azfar baru jer dapat baby 2 hari lepas pemergian ayah mertua beliau di Kuantan. Salam takziah buat Encik Azfar sekeluarga. 
Dalam pada Encik Azfar balik ke Kuantan sebab nak menguruskan jenazah, orang rumah pula tiba-tiba emergency bersalin. Ada pendarahan yang agak banyak juga kalau mengikut cerita Encik Azfar. Tapi alhamdulillah, baby selamat dilahirkan dan isteri pun takde apa masalah. Syukur.

Sejurus lepas kelahiran, baby disahkan Jaundice pada usia 2 hari dengan reading 205. Kalau ikutkan belum kena admit lagi. Tapi kalau follow graph rasanya memang kena admit dah tu sebab baby baru 2 hari kan.

Tapi Encik Azfar buat keputusan untuk cuba treat di rumah sahaja. Sebabnya Encik Azfar dan isteri ni mereka berdua rupanya kakitangan di salah sebuah hosiptal terkenal di KL. Memandangakan mereka pun ada medical background, jadi tak risaulah. Lagipun tempoh hari kos bersalin di hospital swasta dah hampir 10k. Kalau kena admit juga di hospital yang sama memang tinggi lagi bilnya.

Average di Kuantan kalau admit ke hospital swasta adalah sekitar RM1000-2000 sehari untuk rawatan Jaundice.

Jadi, Encik Azfar pun call dan maklum untuk buat pemasangan.

Hari pertama ade kenaikan sikit pada reading baby Encik Azfar. Dari 205umol/L kepada 210. Naik 5. Bila disemak kembali, pada 12 jam yang pertama baby cuma duduk 2 jam sahaja. Sebenarnya pemasangan pun dah malam. Jadi esok paginya kena pegi check up pula, memang tak dapat lah full day. 


Tambahan pula baby meragam sikit sebab malam tu memang hujan lebat di Kuantan. Memang sejuk lah baby dan tak dapat duduk bawah lampu lama dengan tak berbajunya. Sebab tu penting untuk baby dapat duduk bawah lampu selama mungkin sepanjang rawatan Fototerapi Di Rumah.

Alhamdulillah, rawatan Fototerapi Di Rumah diteruskan pada hari berikutnya dan ada penurunan yang baik. Dari 210 akhirnya ke 150 dan Encik Azfar pun maklum baby tak perlu check up hari-hari dah. Selang 2 hari pulak. Insyallah, biasanya bila baby dah reach reading 150 dan dah nak masuk 10 hari, Jaundice dah tak severe macam awal awal dulu.



Maaf tak dapat attach pic result baby Encik Azfar. Insyallah nanti bila ade kelapangan urusan Encik Azfar kami sertakan kat sini. Semoga dimudahkan urusan Encik Azfar sekeluarga. Semoga post ini juga bermanfaat untuk parent-parent di luar sana. Amin.

Berminat nak guna Fototerapi Di Rumah? Whatsapp kami terus jer.

Terus klik link Whatsapp kami untuk respon lebih pantas.

PUAN DIBAH - DARI 188 KE 121. TURUN 67 READING.

Hari ni nak share tentang kes Puan Dibah. Puan Dibah ni asalnya orang Johor. Tapi berpantang di Kuantan. Kalau berpantang di Johor mungkin Team Batu Pahat kami boleh hantar. Tapi takpe, rezeki kami dapat bantu dan serve Puan Dibah disini.

Selepas sahaja kelahiran baby, Puan Dibah terpaksa tinggal di hospital kerana baby dah ada Jaundice sejurus dilahirkan. Tambahan pula dengan keadaaan baby G6PD memang kena hold dulu lah tak boleh balik terus.

Bagi kes yang baby terus dikesan ada Jaundice sejurus kelahiran, baby memang akan ditahan di SCN dan parent memang tak boleh mintak balik biasanya. Nasihat kami, kalau sejurus kelahiran terus perlu ditahan atas sebab-sebab tertentu, akur sahaja. Insyallah, doktor dan kakitangan hospital lebih arif dalam bidang mereka.

Bagi kes Puan Dibah pula, 5 hari kemudiannya barulah baby boleh discharge. Bacaan Jaundice sewaktu discharge ialah dalam range 130 umol/L. Kira okey lah tu.

Kemudian reading naik mendadak ke 188umol/L. Dalam 50 bacaan juga tu naik. Jadi Puan Dibah pun halo kami untuk khidmat sewa lampu Fototerapi. Yelah, hari tu dah 5 hari kena tahan di hospital. Ni kalau kena admit semula ni haru ni. Sebenarnya 188 masih belum kena admit lagi, dalam range 220 begitu biasanya KK baru refer ke SCN semula.


Tapi Puan Dibah ambil langkah awal, sebelum kena refer baiklah cuba setel dulu.

Alhamdulillah, dalam masa 3 hari baby Puan Dibah duduk bawah lampu, reading Jaundice turun 67 reading, daripada 188 ke 121. Tak perlu check up hari-hari dah. Datang selang 2 hari pulak. Insyallah, biasanya bila dah reach 120umol/L tu, rasanya akan slowly reduced dengan sendirinya. Umur baby pun dah hampir 10 hari, hopefully fungsi hati baby dah boleh bekerja dengan sendirinya untuk singkirkan exessive Bilirubin dalam body tu sendiri.




3 hari sewa bunyi macam lama dan mahal? Murah jer sebenarnya, tak percaya? Cuba lah whatsapp kami.

Terus klik link Whatsapp kami untuk respon lebih pantas.

Semoga post ini bermanfaat. Jumpa lagi.