Ini cerita tentang Encik Azfar dari KL. Encik Azfar baru jer dapat baby 2 hari lepas pemergian ayah mertua beliau di Kuantan. Salam takziah buat Encik Azfar sekeluarga.
Dalam pada Encik Azfar balik ke Kuantan sebab nak menguruskan jenazah, orang rumah pula tiba-tiba emergency bersalin. Ada pendarahan yang agak banyak juga kalau mengikut cerita Encik Azfar. Tapi alhamdulillah, baby selamat dilahirkan dan isteri pun takde apa masalah. Syukur.
Sejurus lepas kelahiran, baby disahkan Jaundice pada usia 2 hari dengan reading 205. Kalau ikutkan belum kena admit lagi. Tapi kalau follow graph rasanya memang kena admit dah tu sebab baby baru 2 hari kan.
Tapi Encik Azfar buat keputusan untuk cuba treat di rumah sahaja. Sebabnya Encik Azfar dan isteri ni mereka berdua rupanya kakitangan di salah sebuah hosiptal terkenal di KL. Memandangakan mereka pun ada medical background, jadi tak risaulah. Lagipun tempoh hari kos bersalin di hospital swasta dah hampir 10k. Kalau kena admit juga di hospital yang sama memang tinggi lagi bilnya.
Average di Kuantan kalau admit ke hospital swasta adalah sekitar RM1000-2000 sehari untuk rawatan Jaundice.
Jadi, Encik Azfar pun call dan maklum untuk buat pemasangan.
Hari pertama ade kenaikan sikit pada reading baby Encik Azfar. Dari 205umol/L kepada 210. Naik 5. Bila disemak kembali, pada 12 jam yang pertama baby cuma duduk 2 jam sahaja. Sebenarnya pemasangan pun dah malam. Jadi esok paginya kena pegi check up pula, memang tak dapat lah full day.
Tambahan pula baby meragam sikit sebab malam tu memang hujan lebat di Kuantan. Memang sejuk lah baby dan tak dapat duduk bawah lampu lama dengan tak berbajunya. Sebab tu penting untuk baby dapat duduk bawah lampu selama mungkin sepanjang rawatan Fototerapi Di Rumah.
Alhamdulillah, rawatan Fototerapi Di Rumah diteruskan pada hari berikutnya dan ada penurunan yang baik. Dari 210 akhirnya ke 150 dan Encik Azfar pun maklum baby tak perlu check up hari-hari dah. Selang 2 hari pulak. Insyallah, biasanya bila baby dah reach reading 150 dan dah nak masuk 10 hari, Jaundice dah tak severe macam awal awal dulu.
Maaf tak dapat attach pic result baby Encik Azfar. Insyallah nanti bila ade kelapangan urusan Encik Azfar kami sertakan kat sini. Semoga dimudahkan urusan Encik Azfar sekeluarga. Semoga post ini juga bermanfaat untuk parent-parent di luar sana. Amin.
Berminat nak guna Fototerapi Di Rumah? Whatsapp kami terus jer.
Terus klik link Whatsapp kami untuk respon lebih pantas.
No comments:
Post a Comment