Ini satu cerita yang menarik untuk diceritakan. Agak sensitif sebenarnya tapi kami cuba ceritakan supaya tonenya tak menyalahkan mana-mana pihak. Mungkin di post akan datang akan dipanjangkan lagi cerita mengenai post ni supaya lebih spesific pada part yang perlu tu.
Ceritanya begini, Puan Zatil cadangnya nak sewa sehari jer. Asalnya sebab taknak admit ke hospital. Kata Puan Zatil, pakciknya seorang doktor. Pakciknya itulah yang mencadangkan supaya sewa jer lampu Fototerapi Di Rumah ni, at least untuk sehari untuk tengok progressnya bagaimana.
Jadi Puan Zatil pun call kami Team FDR Kuantan untuk buat pemasangan. Alhamdulillah, semasa sesi demo tu, baby Puan Zatil okey jer tak meragam pun bila dipakaikan eyeband. Petanda baby akan selesa lah tu dengan rawatan Fototerapi Di Rumah.
Alhamdulillah, malamnya pula bila ditanya tentang berapa jam baby bleh duduk bawah lampu, Puan Zatil kata baby boleh duduk lama. Alhamdulillah, bagus, baby tak meragam, boleh duduk lama pulak bawah lampu, insyallah boleh turun banyak.
Keesokannya, Puan Zatil call. Katanya baru lepas check up di KK. Reading tak turun. Sebaliknya menaik, dari 238 ke 239. Nampak macam naik 1 bacaan kan, tapi pada kami tak best lah sebabnya dah duduk bawah lampu sekurang-kurangnya bacaan ada lah sikit penurunan. Semalam pun katanya baby dapat duduk bawah lampu Fototerapi lama juga. Kami pun mencadangkan agar Puan Zatil akur sahajalah. Mungkin Jaundice rebound.
Pihak KK kata baby Puan Zatil kena admit juga, sebab bacaan semalam tak berubah. Akur dengan nasihat KK, Puan Zatil dan suami pun menurut sahaja. Disebabkan di Hospital Kuantan macam terlalu crowded, Puan Zatil fikir nak cuba admit di Hospital Pekan lah. Perjalanan dalam 45 minit juga tu.
Apabila disaring dan diuji di Hospital Pekan, result Jaundice baby Puan Zatil jadi 188 pulak. Daripada 238 kepada 188. Dalam 50 ralat bacaan tu. Hospital Pekan mencadangkan agar baby tak perlu admit dan boleh balik dulu. Pening jadi Puan Zatil dan suami. Mana satu bacaan yang betul ni. Tapi sebab doktor disana pun kata okey dan boleh balik, so Puan Zatil dan suami pun balik semula ke Kuatan. Kesian juga lah, tapi sekurang-kurangnya dah tahu yang reading Jaundice baby dah tak meningkat ke tahap yang lebih high risk atau severe.
Sebenarnya, kes seperti baby Puan Zatil ni pernah jer berlaku, tidaklah kerap, tapi ada. Sebelum ini ada yang mengadu pada kami yang pada hari-hari tertentu, bacaan Bilirubin semua baby jadi sama jer. Nanti kami akan minta Encik Hafez selaku Biomedical Engineer kami ulas kenapa boleh jadi begitu pada post akan datang.
Jadi, kami anggap penurunan Bilirubin Puan Zatil adalah dari 238 ke 188 berdasarkan ralat bacaan tadi. Alhamdulillah, tak perlu kena admit lah buat sementara waktu selagi bacaan tidak reach pada admission level. Semoga reading baby Puan Zatil terus turun dan tak perlu pening-pening lagi lah menghadapi masalah baby Jaundice atau masalah reading tak betul ni.
Harap kami dapat bantu lebih ramai lagi parent seperti Puan Zatil dan suami merawat low/mild risk Jaundice menggunakan servis Fototerapi Di Rumah. Semoga jumpa lagi.
Terus klik link Whatsapp kami untuk respon lebih pantas.
www.wasap.my/60195381612/Hi+Team+FDR+Kuantan
www.wasap.my/60195381612/Hi+Team+FDR+Kuantan
No comments:
Post a Comment