Tuesday, October 3, 2017

PUAN DIBAH - DARI 188 KE 121. TURUN 67 READING.

Hari ni nak share tentang kes Puan Dibah. Puan Dibah ni asalnya orang Johor. Tapi berpantang di Kuantan. Kalau berpantang di Johor mungkin Team Batu Pahat kami boleh hantar. Tapi takpe, rezeki kami dapat bantu dan serve Puan Dibah disini.

Selepas sahaja kelahiran baby, Puan Dibah terpaksa tinggal di hospital kerana baby dah ada Jaundice sejurus dilahirkan. Tambahan pula dengan keadaaan baby G6PD memang kena hold dulu lah tak boleh balik terus.

Bagi kes yang baby terus dikesan ada Jaundice sejurus kelahiran, baby memang akan ditahan di SCN dan parent memang tak boleh mintak balik biasanya. Nasihat kami, kalau sejurus kelahiran terus perlu ditahan atas sebab-sebab tertentu, akur sahaja. Insyallah, doktor dan kakitangan hospital lebih arif dalam bidang mereka.

Bagi kes Puan Dibah pula, 5 hari kemudiannya barulah baby boleh discharge. Bacaan Jaundice sewaktu discharge ialah dalam range 130 umol/L. Kira okey lah tu.

Kemudian reading naik mendadak ke 188umol/L. Dalam 50 bacaan juga tu naik. Jadi Puan Dibah pun halo kami untuk khidmat sewa lampu Fototerapi. Yelah, hari tu dah 5 hari kena tahan di hospital. Ni kalau kena admit semula ni haru ni. Sebenarnya 188 masih belum kena admit lagi, dalam range 220 begitu biasanya KK baru refer ke SCN semula.


Tapi Puan Dibah ambil langkah awal, sebelum kena refer baiklah cuba setel dulu.

Alhamdulillah, dalam masa 3 hari baby Puan Dibah duduk bawah lampu, reading Jaundice turun 67 reading, daripada 188 ke 121. Tak perlu check up hari-hari dah. Datang selang 2 hari pulak. Insyallah, biasanya bila dah reach 120umol/L tu, rasanya akan slowly reduced dengan sendirinya. Umur baby pun dah hampir 10 hari, hopefully fungsi hati baby dah boleh bekerja dengan sendirinya untuk singkirkan exessive Bilirubin dalam body tu sendiri.




3 hari sewa bunyi macam lama dan mahal? Murah jer sebenarnya, tak percaya? Cuba lah whatsapp kami.

Terus klik link Whatsapp kami untuk respon lebih pantas.

Semoga post ini bermanfaat. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment